syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Manusia tidak perlu agama

with 35 comments


Menurut kamus dewan, agama didefinisikan sebagai kepercayaan, ajaran, pegangan, anutan, ikutan, pedoman, petunjuk, ketuhanan, keimanan, din, akidah.

Dalam beragama, pengikutnya diajar tentang bagaimana melakukan upacara-upacara ritual sebagai tatacara untuk menyembah Tuhan.

Setiap agama ada kaedah penyembahan kepada Tuhan masing-masing. Dan yang lebih utama, dalam upacara ritual tersebut ada objek-objek sebagai tempat mengadap.

Sebilangan penganut sesuatu agama menafikan mereka menyembah objek tersebut dan percaya mereka sebenarnya menyembah Tuhan bukannya objek sembahan. Manakala ada sebahagian agama yang lain, objek yang mereka mengadap itu adalah Tuhan mereka.

Agama Islam adalah agama yang mempunyai pengikut yang paling ramai di dunia. Pertambahan pengikut mereka ini adalah disebabkan larangan keras untuk penganut mereka daripada pihak pembesar agama agar tidak meninggalkan agama tersebut.

Jika mereka meneruskan niat, individu tersebut dianggap murtad atau terkeluar dari islam. Malah di sesetengah negara, mereka akan menghukum si pelaku dengan hukuman bunuh. Akhirnya, ugutan sedemikian mengundang rasa takut oleh penganutnya.

Selain itu, pertambahan penganut mereka juga adalah disebabkan oleh faktor perkahwinan orang yang bukan beragama islam dengan penganut beragama islam. Mereka tidak akan membenarkan penganut mereka mengikuti agama yang berlainan daripada agama islam.

Inilah salah satu sebab mengapa manusia tidak perlu kepada agama. Kebebasan individu disekat oleh pihak-pihak tertentu. Malah pembesar-pembesar agama ini seolah-olah berlagak seperti Tuhan yang kononnya tahu di mana individu tersebut harus ditempatkan di akhirat kelak.

Written by syurgaminda

June 16, 2011 at 5:12 pm

Posted in Agama

35 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Ramai yang tidak sedar bahawa agama sebenarnya menyekat kebebasan individu untuk mencurahkan pendapat sendiri. Jika pendapat itu berbeza dengan pendapat golongan agamawan, maka dicop sebagai sesat dsb.

    syurgaminda

    June 17, 2011 at 4:24 pm

  2. Memang betul – seolah-olah kita sudah diframekan dalam satu ruang lingkup yang sempit.

    Jagundul

    June 18, 2011 at 9:19 am

  3. salam,

    saya percaya, tanpa agama, suatu hari nanti, tiada orang lagi yang akan kenal Allah… Apakah saudara mengharap anak2 di generasi itu akan pergi ke kedai buku, membeli quran dan menafsirnya sendiri. Bagaimana saudara mengharap di antara banyak2 buku itu, mereka akan pilih al-quran? Apakah saudara akan membuka sekolah sendiri dan mengajar al-quran? bagaimana jika saya katakan, mereka tak akan ke sekolah itu sebab mereka mampu tafsir al-quran sendiri? Bagaimana jika tafsiran itu amat berbeza dari saudara malah lebih teruk dari saudara. Jadi bagaimana saudara nak berharap bahawa, tanpa agama, mereka akan sentiasa mengingatiNya dan meninggalkan metarialism dunia? Tidakkah ayat 6:32 mengajar apa-apa pada saudara?

    Bukankah dalam ayat 5:3 sendiri Allah telah redha Islam itu menjadi agama kita? Atas dasar apakah saudara mengatakan mereka yang solat 5 kali sehari itu sekadar melakukan ritual semata-mata? Tidakkah dalam ruku’ dan suju’ itu ada kata-kata yang memujiNya? Atau disebabkan saudara sendiri tidak mampu melakukannya, saudara terus mengcop semua yang melakukannya, melaksanakan atas dasar ritual semata-mata? belum lagikah saudara jadikan al-hujuraat sebagai pedoman? Apakah saudara ingin tuduh sahabat2 baginda dan generasi selepas baginda itu sebagai idol worshipper? Apakah saudara nak kata Rasulullah tidak pernah mengajar apa-apa pada para sahabat?

    apakah saudara nak tuduh semua yang solat di dunia ini sebagai penyembah berhala? jika saudara kata kami sembah ka’bah, kenapa pada sejadah kami ada gambar ka’bah dan kami masih boleh memijaknya? Cuba saudara tanya orng hindu, adakah mereka akan benarkan gambar2 patung mereka dipijak? Jawapannya kerna kami tidak sembah ka’bah, tetapi Allah!!

    Kata-kata siapa bahawa perbezaan pendapat itu akan membawa kepada kesesatan, atau saudara pukul rata terhadap semuanya berdasarkan persangkaan sendiri? para ulama’ sering berbeza pendapat terutama dalam bab fiqh, adakah mereka menyesatkan sesama sendiri?

    Saya tanya saudara, jika kelak saudara punyai anak, cucu dan cicit, apakah saudara akan suruh mereka buka al-quran dan tafsirkan ianya sendiri?

    Sumber: ex-anti-hadith.

    newrehmi

    June 18, 2011 at 3:44 pm

  4. Salam,
    Berikut beberapa ayat berkaitan tajuk yang telah dimenipulasikan maananya oleh agawan2 terdahulu;

    1:4 Penguasa kesemua hari peraturan hidupnya.

    6:116 Dan jika kamu mentaati kebanyakan dari manusia dibumi mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah maka tidaklah mereka mengikuti melainkan hanyalah prasangka dan anggapan mereka.

    7:176 Dan jika Kami kehendaki pasti Kami tinggikan mereka tetapi mereka berterusan condong kepada duniawi dan mengikuti hawa nafsu mereka maka misalanya seperti anjing jika kamu membelainya dia menjelirkan lidahnya dan jika kamu biarkan dia menjelirkan lidahnya juga demikian itu misalan kepada kaum yang telah mendustakan ayat-ayat Kami maka ceritakanlah kisah ini supaya mereka merenungkanya.

    7:179 Dan pastinya Kami telah sediakan jahannama untuk kebanyakanya dari jinni dan manusia baginya hati mereka tidak memahami denganya dan baginya mata mereka tidak melihat denganya dan baginya telinga mereka tidak mendengar denganya mereka itu seperti binatang ternakan malahan lebih sesat darinya dan mereka itulah orang yang lalai.

    10:100 Dan tiadalah suatu jiwa akan amanah melainkan dengan izin Allah dan akan dijadikan najis/-rrijsa keatas orang yang tidak ingin mengunakan akalnya untuk berfikir.

    Semoga dapat pengajaran darinya.

    Bolris

    June 19, 2011 at 8:19 am

  5. Maaf (ralat) dipermulaan komen saya ie; sepatutnya spr berikut;

    Berikut beberapa ayat berkaitan tajuk yang telah dimenipulasikan maananya dan disorok dan tidak pernah diceritakan kpd pengikut2 mereka ketika berceramah atau yg sewaktu dgnya oleh agamawan2 dulu, kini n selama-lamanya. Salam.

    Bolris

    June 19, 2011 at 11:13 am

  6. Salam newrehmi,

    Terus-terang saya katakan, jika saya mempunyai anak dan cucu kelak saya akan ajar mereka bagaimana cara yang terbaik untuk menggunakan akal. Caranya saya sesekali tidak akan suruh mereka mengikut sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu. Jika mereka nak buka Al-Quran, bible, buku astronomi atau apa jua jenis buku, bukalah. Mereka berhak menentukan mana yang benar, mana yang dusta.

    syurgaminda

    June 20, 2011 at 12:33 pm

  7. salam,

    siapa kata kita mengikut agamawan terdahulu? apakah saudara melihat para ulama’ cuba mereka2 agama? jika pendapat mereka bertentangan al-quran dan as-sunnah, maka tinggalkanlah. Even imam syafi’e sendiri membuat proclaim, bahawa mana-mana pendapatnya yang bertentangan dengan al-quran dan hadith, maka tinggalkanlah.

    Mereka berfatwa untuk kebaikan umat. Permasalahan blind faith timbul kerna sifat taqlid buta masyarakat yang para ulama’ sendiri pun tidak suka. Saudara ‘mungkin‘ boleh menyuruh anak-anak saudara menggunakan akal, tetapi bagaimana dengan umat/masyarakat yang lainnya? adakah saudara membiarkan mereka dan berfikir atas kepentingan sendiri? Adakah saudara sudah ada solusi untuk masalah ini, selain dari menulis apa saja yang saudara rasa betul? Even barangkali tafsiran saudara pun boleh berbeza dengan tafsiran anti-hadith yang lain. Apakah salah jika seorang bapa membuat guideline atau panduan pada anak2nya? Apakah saudara akan membiarkan anak2 saudara dari kecil membuat guideline sendiri? barangkali mereka akan berhenti bersekolah terdahulu.

    Zaman dulu mana ada fungsi copy paste dan search macam yang kalian selalu buat ni, mencari ayat-ayat yang ‘sesuai’ semata-mata untuk menangkan hujah. Jika saudara menyalahkan para ulama’, maka saudara juga telah menyalahkan mereka yang berusaha membukukan al-quran, menjaganya dan lain-lain. Zaman dulu mana ada photostat. Al-quran yang saudara baca ni pun dah berbeza yakni mempunyai baris yang mereka berikan.

    newrehmi

    June 20, 2011 at 4:46 pm

  8. waalaikum salam,
    saudara sudah belajar nahu dan sharaf belum? dah mengenali qawaid2nya belum? sampai begini sekali saudara merubah2 terjemahannya secara harfiah. (belum tentu harfiah nya betul). Jika mereka ulama’ ingin mengubah2 ayat al-quran, dah lama rasanya al-quran yang kita baca ni tak betul. Sini saya tunjukkan perbezaan antara terjemahan saudara dengan e-bacaan (laman anti-hadith juga).

    1:4 – Merajai Hari Agama (Pengadilan).
    1:116 – Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan.
    7:176 – Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi (al-ardha), dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan.
    7:179 – Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
    10:100 – Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran ke atas orang-orang yang tidak memahami.

    newrehmi

    June 20, 2011 at 5:23 pm

  9. Salam newrehmi,

    Jika kita dididik supaya menggunakan akal sejak kecil lagi, kemungkinan besar akan kekal sehingga ke alam dewasa. Jika baru tahu menggunakan akal apabila dewasa dan masih terbelenggu dengan ajaran nenek moyang, itu yang kita nampak hari ini. Mereka hanya tahu menurut membuta-tuli tanpa mahu menggunakan minda.

    Selagi kita berkeras untuk tidak mahu mengabdikan diri kepada Tuhan, selagi itulah minda kita akan terbelenggu dengan kata-kata orang yang berlagak seperti Tuhan. Jangan takut untuk menentukan haluan hidup sendiri. Jangan takut untuk membuat tafsiran dan mengemukakan pendapat sendiri. Semakin banyak pendapat yang kita dengar, semakin terbukalah minda kita untuk memilih mana yang terbaik.

    syurgaminda

    June 20, 2011 at 5:52 pm

  10. waalaikum salam,

    saya bersetuju jika kebanyakan orang2 kita hanya bertaqlid buta tanpa memahami apa yang mereka lakukan. Tetapi kita hanya mampu menghukum seseorang secara zahir. Bukankah Allah saja yang tahu tentang apa yang ada dalam dada manusia? [28:69] Tahukah siapakah yang melebihkan akal dari wahyu? merekalah atheist. Saudara mahu anak saudara jadi seperti mereka kelak?

    siapakah yang berlagak seperti Tuhan? saudara cuba menghukum batin seseorangkah? diantara para ulama fiqh sendiri banyak sahaja berbeza pendapat. Hanya pentakliq buta itu sajalah yang berkeras dalam sesuatu bab. Tiada ulama’ berijtihad untuk masyarakat mengikutinya. Tetapi mereka berijtihad pabila tiada guideline bagi manusia. Contohnya, hisap dadah. Dalam al-quran sendiri tiada penghukuman bagi bab ini. Salahkah mereka menggunakan ayat [2:195] untuk berijtihad tentang bab ini? Bagaimana jika ada seseorang hisap dadah, tetapi mereka membuat alasan sendiri bahawa al-quran tidak melarangnya. Apa pendapat saudara?

    Saudara tahukah apa akan jadi pada sesuatu battalion askar, jika setiap askar membuat keputusan sendiri sewaktu perang. Ada yang mara, ada yang berundur tanpa arahan. Barangkali perumpamaan ini tak kena, kerana memang masih ada ruang untuk kita berhujah, bukan terus pukul rata kepada semuanya.

    newrehmi

    June 20, 2011 at 6:37 pm

  11. Salam

    Apa yang saudara perkatakan itu – semuanya perbuatan baik-baik – SEMUANYA TERDAPAT DAN TERKANDUNG DALAM KETETAPAN TUHAN YANG DIRESTUINYA. ISLAM CARA HIDUP YANG SEMPURNA. ABDIKAN DIRI PADA JALAN YANG LURUS INI – MAKA TIADALAH KERAGUAN. – Buat apa lagi nak agama?

    Terima kasih
    Saya yang belajar.

    Jagundul

    June 20, 2011 at 7:44 pm

  12. Waalaikum salam,

    Agama itu sendiri bermaksud ad-deen yakni cara hidup. Syukur padaNya jika saudara sudah berada di jalan yang lurus.

    newrehmi

    June 21, 2011 at 12:48 am

  13. Salam newrehmi,

    Apa yang saya nak tekankan di sini adalah tentang agama yang seharusnya tidak diperlukan oleh manusia. Agama menyumbang banyak penyekutuan terhadap Tuhan. Agama menggalakkan pengikutnya melakukan ritual-ritual tertentu. Agama mewujudkan golongan pembesarnya sendiri yang berkuasa menghukum seseorang jika engkar. Pengikut yang tidak menurut peraturan dalam agama terutamanya agama islam akan dihukum sesat, murtad dsb. Malah, mereka ada kuasa untuk menentukan mana yang halal, haram dll.

    Pembesar agama juga tidak boleh dikritik atau tidak akan menerima pendapat orang awam. Apa jua perkara hanya akan diputuskan sesama mereka. Ini menyebabkan minda manusia menjadi sempit dan dijajah oleh mereka. Pengikut agama tersebut tidak lagi takut kepada Tuhan tapi takut kepada pembesar agama mereka.

    syurgaminda

    June 21, 2011 at 10:00 am

  14. waalaikum salam,

    Ritual mana? solat bukan ritual, tetapi dalamnya ada tasbih dan doa. Memang pada org2 tradisional tu ada banyak bezanya dari yang rasulullah ajarkan. seperti usolli, qunut (baginda hanya buat sebulan saja), baca yasin setiap khamis, tahlilan, solat hajat berjemaah, dan lain-lain. Semua tu mmg tiada asalnya dalam agama. Tetapi bukan bermakna kita terus tolak semuanya. Kalau begitu bukankah sudah pukul rata? saudara mengatakan mereka menghukum sesat, mmg ada mereka yang suka menghukum sesat, biarkan mereka yang melampau dalam agama, tetapi bagaimana dengan saudara? bukankah sama juga saudara dengan mereka kalau saudara hukum kami sesat?

    newrehmi

    June 21, 2011 at 11:52 am

  15. Salam,
    Diajukan beberapa ayat untuk tuan2 yang terhebat ini renungkan dari Surah An’aam ayat 50-60;

    50. Katakan aku tidak berkata kepadamu bahawa perbendaharaan Allah berada disisiku dan aku tidak mengetahui yang ghaib dan aku bukanlah unsur kuasa dan tidaklah aku ikuti melainkan apa yang telah diilhamkan kepadaku maka adakah serupa orang yang buta dengan orang yang melihat! Tidakkah kamu renungkanya.
    51. Dan berilah ingatan/amaran denganya kepada orang yang takut akan dihimpunkan kepada pemelihara mereka dan tidaklah Dia melainkan pelindung dan perantara supaya mereka prihatin kepadaNya.
    52. Dan jangan kamu mengusir orang yang menyeru pemelihara mereka pagi dan petang kerana mereka inginkan penampilanNya maka bukan perhitungan mereka melibatkan kamu dan bukan perhitungan kamu melibatkan mereka sedikit pun dan jika kamu mengusir mereka maka kamu tergolong didalam kalangan orang yang zalim.
    53. Demikianlah Kami menguji sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain supaya mereka akan berkata inikah orang yang Allah telah berikan anugerah diantara kita dan bukankah hanya Allah yang lebih mengetahui perihal orang yang berterima kasih.
    54. Dan apabila datang kepadamu orang yang amanah kepada ayat-ayat Kami maka katakanlah selamat sejahtera keatasmu dan pemeliharamu telah programkan kepadanya pengasihan dan sesiapa lakukan kejahatan kerana kebodohanya kemudian bertaubat dan lakukan pemuliharaan maka hanya Allah yang pengampun yang penyayang.
    55. Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayatnya dengan jelas supaya dapat menjadi penyuluh jalan kepada orang yang berdosa.
    56. Katakan aku dilarang berkhidmat kepada orang yang kamu seru selain Allah dan aku tidak akan ikut hawa-nafsumu dan jika demikian aku pastinya sesat dan tidaklah aku akan mendapat petunjuk dariNya.
    57. Katakan aku berpegang hanya keterangan yang jelas dari pemeliharaku sedangkan kamu dustakanya dan tiada disisiku apa yang kamu minta disegerakan dan tiada yang menghukum selain Allah dan Dia hanya mengisahkan yang benar dan Dia yang terutama membuat ketetapan.
    58. Katakan jika disisiku apa yang kamu minta disegerakan pasti telah diselesaikan segala urusan diantara aku dan kamu maka hanya Allah yang lebih mengetahui siapa yang zalim.
    59. Dan disisiNya tersimpan kunci keghaiban tiada yang tahu melainkan Dia dan hanya Dia mengetahui apa yang didarat dan dilaut dan yang gugur walau sehelai daun dan tiada sebiji benih dibumi dan tiada bijian segar atau kering melainkan telah diprogramkan dengan jelas.
    60. Dan jika diambil kamu dimalamnya pasti diketahui apa kamu usahakan disiangnya dan dibangkitkan dan ditetapkan ajalmu dan kepadaNya dikembalikan dan dikhabarkan apa yang telah kamu lakukan.

    Tidaklah perlu saya beri ulasan kerana tuan2 sudah pun terhebat, pastinya memahami apa yang saya maksudkan.

    Salam……..

    Bolris

    June 21, 2011 at 8:45 pm

  16. waalaikum salam,

    Ritual mana? solat bukan ritual, tetapi dalamnya ada tasbih dan doa. Memang pada org2 tradisional tu ada banyak bezanya dari yang rasulullah ajarkan. seperti usolli, qunut (baginda hanya buat sebulan saja), baca yasin setiap khamis, tahlilan, solat hajat berjemaah, dan lain-lain. Semua tu mmg tiada asalnya dalam agama. Tetapi bukan bermakna kita terus tolak semuanya. Kalau begitu bukankah sudah pukul rata? saudara mengatakan mereka menghukum sesat, mmg ada mereka yang suka menghukum sesat, biarkan mereka yang melampau dalam agama, tetapi bagaimana dengan saudara? bukankah sama juga saudara dengan mereka kalau saudara hukum kami sesat?

    Salam newrehmi,

    Kita harus tolak jika ada unsur-unsur yang menyekutukan Tuhan. Jika bersembahyang sambil mengadap kiub batu di Mekah itu sudah menyekutukan Tuhan, apatah lagi aktiviti-aktiviti sampingan yang langsung tidak mendatangkan manfaat. Saya tidak menghukum tapi memberikan pendapat.

    syurgaminda

    June 23, 2011 at 1:17 pm

  17. Salam SM,

    Saya setuju. Yang penting kita tidak boleh sekali-kali benarkan dirikan menyekutukan Tuhan dengan apa-apa pun. Ia adalah satu-satunya kesalahan yang Tuhan tidak akan beri kelonggaran.

    tolokminda

    June 23, 2011 at 10:36 pm

  18. Salam TM,

    Dalam Al-Quran tiada kompromi bagi orang-orang yang menyekutukanNya. Sudahlah Tuhan cipta makhluk yang bergelar manusia itu dengan sebaik-baik ciptaan daripada makhlukNya yang lain. Alih-alih, mereka pergi sekutukanNya. Langsung tak nak berterima kasih!

    syurgaminda

    June 24, 2011 at 1:19 am

  19. Salam,

    Kami hanya menghadap kiblat, sebagai arah. Ruku’ dan sujud kami pada Allah. Cukuplah dengan semua tuduhan dari para anti hadith bahwa kami menyembah ka’bah. Cukuplah. Dari satu blog ke blog yang lain semuanya atas tuduhan yang sama. Bukankah bagus jika kalian perkatakan perkara2 yang baik, dari melakukan sesuatu yang menimbulkan kebencian dan buruk sangka. Saya boleh lukis gambar ka’bah itu dan pijaknya jika kalian mahu untuk menunjukkan kami tidak menyembahnya… Kami juga beriman padaNya, dan kami tidak menyekutukanNya dengan suatu apa pun. Kami juga membaca al-ikhlas. Tapi, cukuplah kalian dengan semua tuduhan ini.

    newrehmi

    June 26, 2011 at 4:05 pm

  20. Salam,

    Saya dengan rendah diri mohon juga – cukuplah – cukuplah dan cukuplah – jangan lagi kalian sumbatkan anak-anak kita yang masih bersih dan suci jiwanya dengan ajaran-ajaran dan fatwah-fatwah yang di luar kotak Ketetapan yang direstuiNya. Kasehanilah mereka. Bebaskanlah mereka untuk mencari kebenaran yang benar milik Allah.

    Terima kasih tuan.

    Jagundul

    June 26, 2011 at 6:55 pm

  21. Salam semua,

    Sejak kecil lagi saya dah mula ragu-ragu dengan agama yang diajar oleh ibu bapa saya. Walaupun agama berbeza-beza dari segi nama dan ritual tetapi konsepnya masih sama antara satu sama lain iaitu mempunyai tempat-tempat suci, memakai pakaian yang aneh, mempersekutukan Tuhan dengan objek-objek fizikal (termasuk api), sistem pembayaran cukai agama, pembesar-pembesar agama dan banyak lagi.

    Semua ini saya sedar ketika membandingkan amalan orang Hindu di Batu Caves (saya membesar lebih kurang 5 kilometer dari Batu Caves) dengan yang dibuat oleh orang-orang ‘Islam’ di Mekah. Kerana itu saya tak serius mengamalkan ajaran agama. Tak masuk akal langsung kerana sebagai kanak-kanak otak kita masih segar untuk melihat segala pembohongan agama. Tetapi malangnya ramai yang tewas ketika membesar kerana telah ditakut-takutkan oleh ibu bapa, ustaz ustazah dan anggota masyarakat lain.

    Bulan ‘puasa’ saya makan & minum secara senyap-senyap, tak pernah sembahyang melainkan berpura-pura sembahyang di dalam bilik selepas mengambil wuduk. Hari Jumaat ke ‘masjid’ semata-mata nak makan cendol dengan kawan-kawan. ‘Zakat’ tak pernah bayar guna duit sendiri. Al-Quran tak pernah khatam (menyanyi-nyanyikan Al-Quran). Selepas tamat persekolahan, saya mencari sumber pendapatan dengan menjalankan peniagaan dengan seorang rakan. Keuntungan setiap bulan menjadikan saya hidup mewah.

    Pada masa itulah saya berani minum minuman beralkohol. Tak pernah minum sampai mabuk melainkan duduk di atas kerusi malas di balkoni di waktu malam pada hujung minggu sambil menenangkan fikiran. Saya mula minat dengan ajaran Atheist selepas membaca buku Richard Dawkins- The God Delusion pada tahun 2007. Tak 100% saya setuju dengan tulisan beliau tapi banyak yang selari dengan apa yang saya pernah fikirkan- agama membelenggu fikiran manusia. Paling menarik kisah Galileo Galilei yang dikurung sehingga mati oleh pihak gereja kerana membuktikan konsep Helio-centric.

    Tak pernah saya menyimpan niat pergi ke Mekah. Ibu saya menasihatkan saya pergi ‘Haji’ semasa muda tapi saya bagi alasan akan pergi apabila sudah tua. Sebenarnya saya tak nak pergi pun. Saja bagi alasan.

    Suatu hari secara tidak sengaja saya terjumpa blog Aidid Safar. Saya baca mental bondage in the name of god dalam masa beberapa hari sahaja. Akhirnya saya sedar, orang yang mendapat petunjuk ialah mereka yang banyak menggunakan common sense tak kira lah sama ada pernah baca Al-Quran atau tidak.

    Mat Guyver

    June 26, 2011 at 11:30 pm

  22. MG,

    Saudara sedar betapa karutnya kepercayaan dalam agama islam melalui perbandingan dengan agama hindu sejak kecil lagi. Ia berbeza dengan saya apabila kesedaran itu timbul beberapa tahun yang lalu setelah membuka minda saya untuk mendengar semua pendapat di forum-forum dan blog-blog.

    Moga apa jua perbincangan di sini sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

    syurgaminda

    June 27, 2011 at 10:29 am

  23. Salam,

    Saya teringat semasa di kolej, seorang rakan kami begitu kritikal terhadap hadis. Beliau banyak menyalahkan Nabi kerana pada pandangan beliau Nabi yang mencipta hadis untuk menaikkan dirinya sendiri. Saya berasa sakit hati apabila mendengar dia mengutuk Nabi dan hadis.

    Selepas beberapa lama, saya sendiri pun tidak boleh menerima hadis untuk menjadi sumber rujukan. Tetapi saya tidak menyalahkan Nabi kerana saya faham bahawa hadis bukan dicipta oleh beliau. Apa yang menyebabkan saya tolak hadis adalah kerana saya berasa ia bercanggah dengan common sense. Tidak seperti sesetengah orang yang menolak sesetengah hadis dan menerima mana-mana yang sesuai, saya berpendapat semua hadis perlu diabaikan. Kalau nak tengok mana yang sesuai dan mana yang tak sesuai, tak payah hadis, pendapat orang ramai pun boleh kita tapis seperti itu. Pada saya kita perlu melihat kewujudan hadis itu secara objektif dalam hubungannya sebagai pelengkap kepada Al-Quran. Apakah wajar Al-Quran memerlukan pelengkap? Sudah tentulah tidak.

    Bagaimanapun saya masih keliru dalam banyak perkara. Di antara ajaran Islam tradisional yang sudah diterima dari kecil dengan common sense saya nampaknya tidak ada persetujuan. Sehinggalah apabila saya diperkenalkan kepada buku Mental Bondage Aidid Safar. Mula-mula agak terperanjat juga dengan apa yang diutarakan beliau. Tetapi oleh kerana saya mengambil pendekatan menyemak semua rujukan ayat-ayat yang beliau bawa dan saya dapati ia menepati apa yang saya cari-cari selama ini, maka mudah sekali saya bersetuju dengan beliau.

    Sebenarnya saya melihat Aidid Safar menjadikan buku Mental Bondage itu sebagai satu kaedah belajar. Saya tidak menganggap beliau mahu dipandang sebagai “guru”. Beliau hanya mahu berkongsi hasil dari penyelidikan dan pembelajaran beliau ke atas Al-Quran dengan orang lain. Beliau mahu kita menyemak sendiri dan membuat keputusan sendiri. Beliau sendiri pun sentiasa bersedia untuk mengemaskini bukunya jika menemui matklumat baru, Misalnya dalam versi Mental Bondage yang saya terima dari seseorang rakan, Aidid masih menerima bahawa “khinzir” adalah babi. Bagaimanapun apabila saya mendownload semula bukunya beberapa bulan selepas itu, daging babi sudah ditukar menjadi daging yang tercemar.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 11:21 am

  24. Kesejateraanlah keatas kamu semua.

    MG menyebut:

    Suatu hari secara tidak sengaja saya terjumpa blog Aidid Safar. Saya baca mental bondage in the name of god dalam masa beberapa hari sahaja. Akhirnya saya sedar, orang yang mendapat petunjuk ialah mereka yang banyak menggunakan common sense tak kira lah sama ada pernah baca Al-Quran atau tidak.

    Lalu adakah Aidid Safar juga tidak pernah merujuk AlQur’an seperti mana MG menyebut “sama ada pernah baca Al-Quran atau tidak”.

    Lalu apakah maknanya ayat-ayat Allah kepada mereka yang percaya AlQur’an itu dinuzulkan kepada seluruh manusia termasuk MG jka kita setuju dengan pendapat MG bahawa “sama ada pernah baca Al-Quran atau tidak”.

    Mari kita renungi sempena ramadhan:

    2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur’an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

    **Lalu adakah MG menganggap tulisan AididSafar sebagai sebuah KITAB? Harap daapt penjelasan lanjut dari MG atas premis lana A’maluna, Lukum A’malukum. Ikhlas berbincang dari saya…sejahtera….

    Pro Bacaan

    August 1, 2011 at 9:34 am

  25. Salam PB,

    Sila fahamkan betul-betul apa yang saya tulis. Terima kasih.

    Mat Guyver

    August 4, 2011 at 3:46 pm

  26. Salam.

    Wahai sdr MG. Daripada tulisan sdr dapatlah saya simpulkan bahawa sdr cuba keluar dari belengu agama ayat-ayat riwayat yg dibawa oleh ulamak-ulamak (mental bondage) Namun tetapi sdr telah terjun kpd runtunan hawa (nafsu) sdr. yang menginginkan kehidupan mewah, minum minuman yang memabukan dan tak mahu melakukan haji. Sdr menggunakan tafsiran AididSafar bagi memenuhi keinginan (nafsu) sdr. Itu pilihan sdr sendiri. Pada hemat saya tak wajarlah sdr mengatakan bahawa sdr orang yang mendapat petunjuk lebih-lebih lagi petunjuk alQuran.

    Salam.

    Mr. Mister

    September 20, 2011 at 12:22 pm

  27. Satu pembohongan besar jika disebut berulang-ulang kali, ramai orang akan percaya. You don’t know who I am. Tak lama lagi saya akan pecahkan semua mitos ini. Saya faham kenapa ramai orang sukar untuk memahami mengapa bangunan kotak di tengah-tengah Mekah itu ialah berhala – kerana mereka tidak pernah berfikir sejenak apakah rasional perbuatan mereka itu selama ini.

    Tetapi bagi orang-orang yang pernah berfikir sejenak mengenai rasional amalan-amalan tersebut, pasti bersedia untuk berfikiran terbuka dan mengkaji apabila mereka berhadapan dengan hujah-hujah yang membuktikan amalan tersebut tidak disebut di dalam Al-Quran.

    Saya tak salahkan anda jika anda percaya rukun “Islam” ke-5 sebab itulah yang anda belajar sejak kecil lagi. Satu pembohongan besar jika disebut berulang-ulang kali akan dipercayai orang ramai. Jika anda hidup dalam satu komuniti yang percaya Bumi berbentuk leper, anda akan terus percaya sehinggalah anda ditunjukkan bukti bahawa Bumi berbentuk glob sebenarnya.

    Arab Saudi menjana pendapatan beratus-ratus billion US dollar dari pembohongan besar ini setiap tahun. Kalaulah dajjal tu betul-betul wujud, saya percaya itu ialah Saudi, penipu paling berjaya dalam dunia ini. Mereka mengawal semua terjemahan Al-Quran di seluruh dunia agar selari dengan kepercayaan agama jahiliyyah nenek moyang mereka.

    Saya tak pernah minum sehingga mabuk. So what the problem? Saya hanya minum utk menenangkan fikiran pada malam hari minggu sambil duduk di balkoni. Saya percaya saya mendapat petunjuk kerana banyak yang saya fikir selama ini ada disebut di dalam Al-Quran. The problem is it’s corrupted translation.

    Saya nak tanya satu soalan, dah berapa kali anda melawat kotak tersebut? Pastilah seseorang itu akan berasa sedih untuk menerima hakikat kotak tersebut ialah berhala kerana banyak wangnya telah dibelanjakan. Denial syndrome.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    September 22, 2011 at 9:36 am

  28. Salam MG,

    Org yg mabuk tak kan mengaku mabuk, org gila tak kan mengaku gila.
    tefikir sejenak, mengapa di negara barat adalah menjadi suatu kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol?

    [16:67] “Dan dari kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang yang memikirkan.”

    Antara “MINUMAN YANG MEMAMBUKKAN” dan “REZEKI YANG BAIK” yg mana manakah sdr pilih?
    Bagi “orang yang memikirkan” akan memilih “REZEKI YANG BAIK”. Itulah TANDA bagi org yang berfikir.
    Kerana apa? Sila baca ayat yang diturunkan:

    2:219. Mereka menanyai kamu mengenai arak (al-khamar) dan judi (al-maysir). Katakanlah, “Pada keduanya dosa (ithmun) besar (kabirun), dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” Dan mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, “Yang berlebihan (al-‘afwa).” Begitulah Allah memperjelaskan Ayat-ayat kepada kamu supaya kamu memikirkan.

    Dan saya takut jadi SYAITAN sebab IANYA AMALAN SYAITAN.
    5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak (al-khamru/khamar), dan judi (al-maysiru), dan berhala-berhala (al-ansabu), dan ramalan anak-anak panah (al-azlamu), adalah kotoran (rij’sun), sebahagian daripada AMALAN SYAITAN; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
    5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk MENGHALANGI kamu daripada mengingati Allah, dan DARIPADA SOLAT. Mahukah kamu berhenti?
    5:92. Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanya untuk menyampaikan Yang Jelas (al-Mubinu).

    Bolehkah manusia menjadi Syaitan? Baca ayat ini.
    6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, SYAITAN-SYAITAN DARIPADA MANUSIA DAN JIN, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.

    Sekian.

    Salam

    Mr. Mister

    September 22, 2011 at 10:11 am

  29. Salam MM,

    Saya menterjemahkan 2:219 seperti berikut:

    2:219 Mereka bertanya kamu tentang arak dan masa lapang. Katakan: Di dalam keduanya ada kesalahan yang besar dan manfaat untuk manusia. Dan kesalahannya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kamu apa yang boleh mereka belanja. Katakan: Yang dimaafkan. Begitulah telah dijelaskan Tuhan kepada kamu tanda-tandaNya supaya kamu merenunginya.

    Tidak ada Tuhan menetapkan arak itu dilarang. Dan batasan yang dibenarkan adalah jelas. Iaitu selagi ianya dalam lingkungan yang dimaafkan. Maka tuan seharusnya memahami apakah perkara-perkara yang menyebabkan seseorang tidak akan dimaafkan.

    tolokminda

    September 22, 2011 at 10:56 am

  30. Terima kasih TM,

    Hanya disebabkan banyak berlaku kemalangan jalanraya, tak semestinya anda boleh mengharamkan teknologi kereta. So hanya disebabkan anda pernah melihat 2-3 orang pemabuk yang tunggang botol arak, beer dan wain, anda sangka semua orang yg minum arak ialah pemabuk. Sama macam jalanraya, bukan kereta yang bersalah tetapi masalahnya ialah sikap sesetengah pemandu.

    Arak wujud dalam mana-mana budaya manusia, cuma nama dan bahan yang berbeza. Masyarakat Melayu zaman dahulu terkenal dengan air tapai yg dibuat dari beras. Air nira pun dikategorikan sebagai alkohol selepas proses pengoksidaan dari sifat kimia asalnya iaitu asid karbosilik. Pergi ke Merbok, Kedah- anda boleh lihat berapa ratus peniaga yang menjual air nira sepanjang perjalanan ke sana.

    Cuba kalau air nira dan air tapai dibotolkan macam Carlsberg, Smirnoff, Heineken, dan sebagainya?

    Ini semua persepsi masyarakat bahawa minum arak ialah minum sambil menunggang berbotol-botol beer sehingga mabuk dan berjalan terhuyung-hayang.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    September 22, 2011 at 11:33 am

  31. Salam

    Sdr TM,
    Maaf. Saya dapati sdr gagal memahami ayat 2:219 yang sdr sendiri terjemahkan.
    Saya akan butirkan ayat terjemahan sdr mengikut pemahaman saya.
    2:219
    “Mereka bertanya kamu tentang arak dan masa lapang.
    Katakan: Di dalam keduanya ada kesalahan yang besar dan manfaat untuk manusia. Dan kesalahannya lebih besar dari manfaatnya.

    Dan mereka bertanya kamu apa yang boleh mereka belanja.
    Katakan: Yang dimaafkan.
    Begitulah telah dijelaskan Tuhan kepada kamu tanda-tandaNya supaya kamu merenunginya.”

    Terdapat 2 pertanyaan atau persoalan dlm ayat 2:219 itu.
    1) Berkenaan arak dan “masa lapang”.
    Jawabannya, “Kedua-duanya ada kesalahan yang besar dan manfaat. Kesalahannya lebih besar dari manfaatnya”
    2) Berkenaan “apa yang boleh mereka belanja” (nafkah).
    Jawabannya, “Yang dimaafkan”

    “Yang dimaafkan” adalah utk “apa yg boleh dibelanjakan” bukan dimaafkan keatas “arak” dan “masa lapang. “.
    Mudah bukan? Renung-renungkanlah.

    Sdr MG,
    Allah tidak pernah MENGHARAMKAN Arak menurut Ayat-ayat-Nya yakni al-Quran. Allah kata “dosanya lebih besar”. Manafaatnya kecik aje. Sdr boleh senaraikan manafaatnya vs tak-manafaatnya.
    Lagipun Allah perintahkan supaya menjauhinya, semak (5:90).

    Jauhkanlah sdr. Tak perlulah mengunakan alasan keretalah, tapailah, dsb.
    Sdr tak perlu arak utk menenangkan fikiran. Nak tenangkan fikiran baca ayat ini :
    13:28.” Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan mengingati Allah – dengan mengingati Allah, hati tenteram.”
    Takut nanti sdr ketagihan ARAK pula.

    Salam

    Mr. Mister

    September 22, 2011 at 12:51 pm

  32. 13:28 ????? Hahahaha………. so jangan berkahwin. Hidup seorang diri tanpa isteri dan anak2. Only you and your delusional god.

    Dulu masa menuntut di sebuah sekolah pondok di Kedah, ada seorang ustaz (perasaan diri sama level macam tok guru petala langit ke-7). Hari cuti sekolah tiada apa nak buat. So ade seorang abang senior mainkan gitar dan kami nyanyi beramai-ramai. Lagu Iklim je. Bukan Michael Learns To Rock. Tiba-tiba ustaz datang dan marah kerana dari riwayat Ro Bin Hood, nabi Muhammad telah bersabda blah…blah…blah… muzik ialah alat syaitan dan blah…blah…blah….

    Abang senior ini jawab, apa salahnya nak nyanyi sebab kami semua rasa bosan. Ustaz jawab kalau taknak bosan pergi mengaji Al-Quran ramai-ramai. Bila dia cakap macamnie, konfirm lah abang senior saya ini tak boleh kata apa melainkan menyimpan balik gitar beliau.

    Nie la contoh pemikiran kampong. Agama, islam, nabi, imam, ustaz. Itu sahajalah level kecerdikkan mereka. Manusia mempunyai emosi bukannya robot.

    Makan, minum, menyanyi, berhibur itu semua wujud dalam setiap budaya manusia. Hanya satu tujuan mengapa manusia melakukan semua ini iaitu – TO FEEL HAPPY.

    Kalau tengok Global Peaca Index, Arab Saudi merupakan antara negara paling tak seronok dalam dunia ini. Tempat ke-101. Tapi Malaysia menduduki tempat ke-19. Ini pun dah cukup membuktikan bahawa negara-negara Arab ialah contoh negara gagal. Tapi ada jugak yang nak beriya-iya sangat melaksanakan undang-undang Arab Saudi atas alasan mahu menyelesaikan masalah sosial.

    Masalah sosial bukan berpunca daripada tidak melaksanakan undang2 Arab tetapi berpunca dari ketidakadilan sosio-ekonomi. Ini yang Presiden Pas tak boleh hurai sebab setakat ni je level otak dia.

    Kalau nak laksanakan undang2 “hudud”, saya sokong tapi dengan satu syarat potong tangan Nik Aziz dulu sebab bersubahat dengan sulatan Kelantan merembat berjuta-juta duit kerajaan negeri utk beli kereta sport kerabat diraja. Berani ke tak?

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    September 22, 2011 at 1:55 pm

  33. Salam MG,

    Saya rasa sdr ni ada masalah jiwa ni, jiwa tak tenteram,merepek tak tentu fasal.
    13.28 itu adalah Ayat Allah bagi org-org yg percaya. tak kiralah org tu dah kahwin ke bujang. Yang sdr merepek marahkan Pak Arab lah, nik Aziz lah, Budak pondok lah Apehal ni?
    Tujuan saya hanya mengingatkan bahawa Arak semestinya dijauhi. Kalau macam tu le gaya sdr cakap, tak payah kawinlah, sdr kawin aje dgn Botol ARAk! (mahukah saya panggil sdr BODO?)
    Maafkan saya ye..

    Salam.

    Mr. Mister

    September 22, 2011 at 2:11 pm

  34. Semestinya saya maafkan orang seperti anda. Tgk point anda tulis pun dah tahu kat mana level otak anda.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    September 22, 2011 at 3:55 pm

  35. Begini rupanya MM…patutlah wujud gejala murtad.Dalam beragama kalau dirasakan tak sampai dan tak faham,terus dilabel bodo.

    Di Tolok Minda,MM bercakap dan keluarkan ayat tentang sabar dan solat.

    Sabar ke begini?MM dlm usaha menegakkan apa yg MM rasa betul,tapi tak sabar…senangnya melabelkan MG bodoh hanya kerana dia minum apa yg MM katakan haram.

    Saya tahu arak itu haram dan pengharamannya dilakukan secara berperingkat.Saya tak pernah minum walau setitis tapi itu saya,takkan kerana saya tak minum ianya membolehkan saya merendahkan orang lain yg minum?

    MM labelkan saya takbur di blog TM…cuba guna akal dalam kepala dan fikir balik bukti siapa yg takbur ” tidakkah MM takbur bila merendahkan, memperlekehkan manusia lain dan memaksa?”

    Cakap tak serupa bikin.

    Cik Bunge NiaSarah

    September 22, 2011 at 11:31 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: