syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Islam: Cara hidup yang benar anjuran Tuhan

with one comment


Apabila ada orang bertanya apakah itu islam, kebanyakannya akan menjawab bahawa islam adalah satu agama yang berasal dari tanah arab, ada solat lima waktu, puasa di bulan ramadan, membayar zakat dan melakukan ibadat haji di Mekah.

Inilah islam yang telah diajar oleh para pembesar agama. Mereka mendefinisikan islam itu dari kaca mata mereka sendiri, bukannya petunjuk yang datang dari kitab Al-Quran.

Sehingga hari ini, kita tidak nampak perbuatan dan perlakuan dalam ibadat mereka mendatangkan manfaat sama ada kepada mereka sendiri atau untuk seluruh manusia. Mereka hanya bermain prasangka bahawa konsep islam sedemikian itulah yang benar sebenar-benarnya.

Sekiranya mereka berlaku jujur pada diri sendiri, mereka akan nampak bahawa dalam Al-Quran jelas dinyatakan;

5:76. Katakanlah, “Adakah kamu mengabdikan, selain daripada Allah, apa yang tidak boleh memudaratkan, atau memanfaatkan kamu? Dan Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.”

Dalam ayat di atas, Tuhan suruh manusia untuk mengabdikan diri kepadaNya agar manusia memperolehi apa saja manfaat yang dilakukannya. Saranan daripada pembesar agama tersebut jelas tidak mendatangkan manfaat.

Dalam Al-Quran, Tuhan menyenaraikan perkara-perkara yang jelas memberi manfaat kepada manusia seperti menggunakan akal, berbuat baik dan meninggalkan perbuatan jahat, melaksanakan tanggungjawab yang diberikan, bereksperimen dan sebagainya.

Jika ada manusia memilih cara hidup yang lain, sudah tentu akan memberi kesan kepada dirinya sendiri lebih-lebih lagi mindanya akan terbelenggu dengan kata-kata orang yang mengaku sebagai pakar dalam agama.

Sesungguhnya, Tuhan menciptakan manusia agar menurut cara hidup islam yang dianjurkanNya. Ini bertepatan dengan ayat Al-Quran di bawah.

3:19. Cara hidup yang benar di sisi Allah ialah Islam, dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.

Written by syurgaminda

June 20, 2011 at 10:57 am

Posted in Islam

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. Disenaraikan lagi beberapa ayat Quran dari Surah An’amu ayat 155-165 untuk renungan bersama;

    155. Dan inilah program yang Kami telah turunkan penuh keberkatan maka taatilah dan prihatinlah supaya kamu mendapat rahmat dariNya.
    156. Dan supaya kamu tidak berkata programnya hanya diturunkan kepada dua golongan sebelum kami dan jika kami tidak dapat pelajaran dari mereka maka kami menjadi orang yang lalai.
    157. Atau kamu berkata, jika kami telah diturunkan programnya pasti kami lebih dulu mendapat petunjuk dari mereka maka telah datang kepadamu pejelasan dan petunjuk dan rahmat pengasihan dari pemeliharamu maka siapa lebih zalim dari orang yang telah mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling darinya maka pastinya Kami beri pembalasan kepada orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dan sangat buruk azabnya bagi mereka yang berpaling.
    158. Apakah mereka menunggu sehingga muncul unsur kuasa didepan atau pemeliharamu atau sebahgian ayat pemeliharamu dan ketika datangnya tanda ayat pemeliharamu maka tidak berfaedah lagi bagi setiap jiwa dengan keamanahanya kerana mereka tidak amanah sebelumnya atau tidak berusaha untuk menjadikan keamanahan sebagai suatu keutamaan maka katakan tunggulah kamu, kami juga sedang menunggu.
    159. Sesungguhnya orang yang berpecah-belah dalam cara hidup mereka dan berpuak-puak dalam beragama bukanlah dari kamu dan tiada kaitan dengan urusanmu malahan urusan mereka terpulang kepada Allah maka pasti dikhabarkan apa yang telah mereka lakukan.
    160. Sesiapa datang dengan satu kebaikan maka dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa dan sesiapa datang dengan satu kejahatan hanya dibalas dengan satu yang serupa dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
    161. Berkata aku telah diberi petunjuk oleh pemeliharaku kepada jalan yang lurus dan cara hidup yang sebenar seperti anutan/millata ibraahiima yang taat setia dan dia bukanlah orang yang sekutu.
    162. Dan berkata komitmen kewajipanku dan pengorbananku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, pemelihara ilmu pengetahuan yang diujudkan diseluruh alamnya.
    163. Tiada sekutu bagiNya maka itulah yang telah diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang terawal menyerah diri/-lmuslimiina.
    164. Dan berkata apakah selain Allah aku akan mencari sebagai pemelihara sedangkan hanya Dia pemelihara terunggul dan tidak dibebankan keatas suatu jiwa melainkan dengan kesanggupanya dan tidak juga dibebankan bebanan orang lain maka kepada pemeliharamu tempat kembali dan pasti dikhabarkan apa yang telah kamu perselisihkan.
    165. Dia telah menjadikan kamu sebagai khalaa-ifa/pengganti dibumi ini dan ditinggikan sebahagian kamu mengatasi sebahagian yang lain dengan beberapa darjat untuk menguji kamu dengan apa telah diberikan dan pemeliharamu sangat pantas pembalasanya dan hanya Dia yang pengampun yang penyayang.

    Bolris

    July 8, 2011 at 10:30 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: