Ragam penyekutu-penyekutu Tuhan
3:137. Berbagai-bagai sunnah (resam) telah berlalu sebelum kamu, maka mengembaralah di bumi, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang mendustakan.
30:42. Katakanlah, “Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang menyekutukan.”
Jika kita seorang yang gemar mengembara, meneroka atau melancong kita akan nampak berbagai-bagai jenis dan ragam manusia di bumi ini. Ada yang bersifat baik, berlaku zalim, prihatin dan macam-macam lagi.
Mengapa Tuhan suruh kita mengembara? Seperti yang kita sedia maklum, ada banyak manfaat yang kita perolehi. Salah satunya ialah dapat menimba banyak pengalaman dan mengisi ilmu di dada.
Dalam dua ayat Al-Quran di atas Tuhan memberitahu bahawa kita akan nampak akibat kepada orang-orang yang mendustakanNya dan menyekutukanNya.
Apakah akibat tersebut? Bukankah kita tidak sedar nasib di sesetengah negara. Mereka kaya dengan bahan mentah namun tetap ketinggalan berbanding negara yang tidak memiliki sumber tersebut. Dan ada banyak akibat lagi.
Selain itu, kebanyakan manusia tidak berterima kasih kepada penciptaNya. Sudahlah diberikan tubuh badan yang sempurna, tetapi masih mahu menyekutukan Tuhan. Apabila diberi peringatan, mereka bertempiaran lari. Yang ada kuasa agama terus menerus dengan lantang menyesatkan orang lain.
32:9. Kemudian Dia membentuknya, dan menghembuskan Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia membuatkan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.
Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum mereka dilahirkan di dunia ini, mereka telah membuat perjanjian untuk tidak menyekutukan penciptaNya?
36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak mengabdikan diri kepada syaitan – sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,
36:61. Dan bahawa kamu hendaklah mengabdikan diri kepada Aku? Inilah jalan lurus.
Mungkin, dengan adanya kemudahan internet hari ini kita tidak perlu menaiki kapal terbang untuk memperhatikan ragam para penyekutu Tuhan. Hanya perlu mengembara dan menerokai alam siber ini.
salam,
saudara menafsirkan 3:137 dan 30:42 dengan hari ini, tapi saya tafsirkan ‘kesudahan‘ yang dimaksudkan kepada orang-orang terdahulu seperti kaum aad dan tsamud yang lebih besar dan kuat dari zaman Rasulullah. Lihat 30:9.
newrehmi
June 20, 2011 at 5:34 pm
Salam,
Memang benar kata Tuhan, sesungguhnya kalau kita tengok peninggalan orang-orang hebat terdahulu dari Amerika Selatan sehingga Timur Tengah membawa ke Asia Tenggara, mereka semua adalah kaum yang begitu hebat menyekutukan Tuhan. Walaupun rumah mereka telah lenyap ditelan bumi tetapi rumah-rumah ibadat yang mereka jadikan tapak menyekutukan Tuhan masih tersergam sehingga ke hari ini.
Jadi apa teladannya? Maknanya betapa besar sekalipun peluang yang Tuhan beri, kalau tumpuan kita hanya untuk menyekutukan Tuhan, rumah-rumah ibadat kita mungkin selamat sebab kita binanya besar dan teguh. Tapi kita sendiri tidak mungkin akan dapat bertahan. Perhatikan kaum Maya, Firaun, Angkor dan sebagainya. Itulah yang berlaku kepada mereka. Yang terbaru tsunami di Acheh…
tolokminda
June 23, 2011 at 10:21 pm