Solat bukan sembahyang
Dalam agama islam, ritual yang bermula dan berakhir dengan cara-cara tertentu mereka namakan sebagai ‘solat’ dan ianya juga dipanggil sebagai ‘sembahyang’.
Bilangan sembahyang mereka berbeza-beza mengikut kepercayaan tok guru masing-masing. Namun begitu, rata-rata penganutnya bersembahyang sebanyak lima kali sehari. Tumpuan mengadap mereka semestinya kiub batu yang terdapat di Mekah.
Apabila mereka ditanya adakah orang-orang yang beragama hindu, kristian, yahudi atau buddha juga bersolat? Mereka akan jawab, “Tidak, mereka hanya sembahyang bukan bersolat!”
Kalau mereka katakan orang-orang yang berbeza agama daripada mereka bukan bersolat dan hanya bersembahyang, jadi mengapa mereka mendakwa hanya mereka bersolat atau bersembahyang?
Mari kita semak dalam Al-Quran, benarkah perkataan ‘solat’ itu bermaksud sembahyang atau mempunyai pengertian yang lain.
24:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing – Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.
Dalam ayat di atas, segala yang ada di langit dan di bumi termasuk burung-burung tahu solat mereka. Jika solat ini dimengertikan sebagai sembahyang orang-orang beragama islam, maka segala isi alam termasuk di langit dan bumi harus melakukan ritual sembahyang yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh penganut beragama islam.
Ini sesuatu yang tidak masuk akal. Mereka hanya mendakwa sedemikian tanpa berpandukan petunjuk yang terdapat dalam Al-Quran. Apa yang penting bagi mereka ialah dapat mempromosikan ritual tersebut dan seterusnya menambahkan bilangan pengikut agama mereka.
Salam
Solat tujuannya utk mengingati Allah, namun tidak semestinya “sembahyang”…. 🙂
Jebon
July 21, 2011 at 9:19 pm
Amalan sembahyang bukanlah mengingati Tuhan tapi mengingati berhala sembahan orang-orang yang menyekutukan Tuhan.
syurgaminda
July 25, 2011 at 9:41 am
Orang yang menyekutukan Tuhan mengingati Allah juga, namun ingatan mereka kepada Allah itu bersama-sama dengan penyekutuan mereka… 🙂
Jebon
July 27, 2011 at 1:07 am
Selamat sejahtera,
Mengingati Allah bukan dengan cara melakukan ritual sembahyang. Mereka sebenarnya hanya dipermain-mainkan oleh para pembesar agama mereka sahaja kononnya mengingati Allah itu adalah dengan cara melakukan ritual tersebut.
Untuk mengingatiNya, Dia suruh kita melakukan komitmen (solat).
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka berkhidmatlah kepada Aku, dan lakukanlah komitmen (solat) untuk mengingati Aku.
syurgaminda
July 28, 2011 at 12:25 am
Hujah ayat anda tersasar kerana sy bicara tentang cara orang musyirk mengingati Allah bukan perintah mengingati Allah itu sendiri… 🙂
Jebon
July 29, 2011 at 3:39 pm
Saya berpendapat cara orang musyrik mengingati Allah dengan melakukan ritual sembahyang itu mungkin itulah cara mereka. Namun, di mata Allah cara tersebut bukanlah cara yang sebenar. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka sebenarnya mengingati berhala mereka itu. Dan pada masa yang sama mereka menyekutukan Allah.
syurgaminda
July 29, 2011 at 4:50 pm
Isu solat bermaksud komitmen.
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
tukarkan solat kepada komitmen:
5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk berkomitmen, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.
2:238. Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan solat di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah.
2:238. Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan komitmen di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah.
4:43. Wahai orang-orang yang percaya, jangan mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun.
4:43. Wahai orang-orang yang percaya, jangan mendekati komitmen apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun.
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak bersalah ke atas kamu untuk memendekkan solat, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak bersalah ke atas kamu untuk memendekkan komitmen, jika kamu takut orang-orang yang tidak percaya akan menganiaya kamu; orang-orang yang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan komitmen, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah komitmen; sesungguhnya komitmen adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
Mohon tuan syurgaminda berbalas pandangan demi hikmah.
ayyohpeen
August 1, 2011 at 10:28 am
Sejahtera ayyohpeen,
Sebenarnya solat yang diertikan sebagai komitmen adalah lebih masuk akal daripada solat yang difahami sebagai sembahyang.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara tolokminda tentang hal ini. Saudara boleh ke link ini http://tolokminda.wordpress.com/category/solaa-solat/ atau saya pastekan di sini pendapat tersebut.
Corat-Coret: Tentang solaa @ komitmen
1. Solaa @ komitmen adalah aktiviti seharian – sepanjang hidup
Pada kefahaman saya, saya berpendapat – di dalam Al-Quran – secara umumnya Tuhan membahagikan satu hari kepada empat (4) bahagian iaitu;
Pagi
Petang
Awal malam, dan
Malam
Kita lihat malam dulu. Pada dasarnya malam dimaksudkan oleh Allah sebagai waktu tidur atau waktu untuk berehat. Ini dinyatakan dengan jelas dalam ayat-ayat berikut:
6:96 “Dia menyebabkan matahari terbit dan dia telah menjadikan malam untuk berehat…”
10:67 “Dia yang telah menjadikan untukmu malam supaya kamu boleh berehat di dalamnya…”
27:86 “Tidakkah mereka memikirkan yang kami telah menjadikan malam supaya mereka boleh berehat di dalamnya…”
Di bahagian hari yang ini – iaitu malam – kita berehat, kita tidur – jadi ia bukanlah waktu untuk apa-apa komitmen. Kalau boleh dikatakan, komitmen kita di waktu malam adalah berehat iaitu tidur.
Bagaimanapun pada bahagian-bahagian hari yang lain – pagi, petang dan awal malam – iaitu sebelum waktu tidur, Tuhan suruh kita penuhi waktu-waktu itu dengan menunaikan komitmen atau dengan kata lain, Tuhan suruh kita buat kerja – selesaikan semua urusan dan tanggungjawab. Ini dijelaskan dalam ayat berikut.
11:114 “Dan tunaikanlah komitmen-komitmen di dua bahagian siang, dan beberapa jam dari malam, sesungguhnya amalan (kerja-kerja) yang baik menjauhkan amalan (kerja-kerja) buruk; ini adalah peringatan kepada mereka yang mahu berfikir”.
Kesimpulan saya:
–> Dua bahagian siang – pagi dan petang
–> Beberapa jam dari malam – awal malam
Kita kena faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan solaa @ komitmen bukan saja perkara yang berkaitan ketetapan-ketetapan yang telah direstui Tuhan (masjidillah) secara khusus tetapi turut melibatkan semua komitmen yang berada dalam batasan ketetapan yang direstui (masjidilharam) seperti yang melibatkan kerjaya, perniagaan, mencari ilmu, menguruskan rumahtangga, bersukan, melayan anak-anak dan seribu satu macam hal lagi.
Oleh itu tidak hairanlah Tuhan memperuntukan supaya kita melaksanakan komitmen-komitmen itu dari waktu pagi, sehingga ke petang dan membawa ke awal malam – iaitu sebelum kita tidur di waktu malam. Dengan kata lain Tuhan suruh kita tunaikan solaa @ komitmen sepanjang hari dari awal pagi sehinggalah kita masuk tidur semula di waktu malam.
2. Solaa @ komitmen menjauhkan perbuatan buruk dan sia-sia
Solaa atau komitmen yang baik – samada ia dalam bentuk usaha, amalan atau perbuatan yang dilaksanakan dalam batasan-batasan ketetapan yang direstui Tuhan (masjidilharam) akan dapat menghindarkan kita dari melakukan kerja-kerja buruk atau tidak berfaedah. Jika jadual harian kita penuh dengan aktiviti positif kita tidak akan ada masa untuk terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti penagihan dadah, merempit siang-malam, kepit kekasih ke hulu ke hilir, berdangdut sampai ke pagi dan sebagainya.
Peranan komitmen sebagai penghindar dari perbuatan atau amalan buruk yang sia-sia juga dijelaskan melalui ayat ini.
11:114 “Dan tunaikanlah komitmen-komitmen di dua bahagian siang, dan beberapa jam dari malam, sesungguhnya amalan (kerja-kerja) yang baik menjauhkan amalan (kerja-kerja) buruk; ini adalah peringatan kepada mereka yang mahu berfikir”.
3. Solaa @ komitmen perlu dilaksanakan mengikut keutamaan – first thing first
Selain mengingatkan kita supaya memenuhkan jadual seharian dengan pelbagai komitmen, Tuhan turut menasihatkan kita supaya melaksanakannya mengikut susunan keutamaan atau dalam istilah moden – first thing first.
2:238 “Sentiasalah tunaikan komitmen-komitmen kamu dan lebih-lebih lagi komitmen yang menjadi keutamaan/prioriti (alwusta) dan berdirilah di atas kepatuhan kepada Allah”.
Mungkin ada yang akan bertanya dari mana saya dapat mentafsirkan perkataan wusta sebagai keutamaan atau prioriti. Saya fikir. Dan saya dapati ia sangat sesuai dengan konteks ayat. Malah sesetengah penterjemah telah menterjemahkan perkataan wusta sebagai “midmost” dan ramai yang menggunakan perkataan “middle”. Midmost lebih menggambarkan perkataan yang saya cari, iaitu yang paling penting atau yang menjadi prioriti. Secara kasarnya, apa yang kita letak di tengah tentulah lebih diutamakan dari yang kita letakkan di tepi.
Sebagai menguatkan lagi pendapat saya, mari kita lihat satu lagi ayat yang mengandungi perkataan dari akar huruf yang sama dengan wusta.
2:143 Dan begitulah kami menjadikan kamu umat yang diutamakan (wasatan) supaya kamu menjadi saksi kepada orang lain dan supaya rasul bersama kamu sebagai saksi. Dan Kami tidak menjadikan arah tumpuan yang kamu sendiri di atasnya – tetapi Kami tahu siapa yang akan menuruti rasul – dari mereka yang berpaling di atas tumit mereka. Sesungguhnya ia adalah berat kecuali kepada mereka yang telah diberi petunjuk oleh Tuhan. Dan Tuhan tidak akan mensia-siakan kepercayaan kamu. Sesungguhnya Tuhan Penyayang, Mengasihani manusia.
Saya rasa cukup yakin. Maka itu ketetapan Allah supaya kita mendahulukan yang lebih utama apabila melaksanakan solaa @ komitmen dapat dibuktikan apabila secara universal ia adalah selaras dengan tabiat orang-orang yang berjaya di dunia ini.
4. Solaa @ komitmen perlu dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.
Satu lagi aspek yang penting tentang perlaksanaan sesuatu komitmen adalah penjadualan masa atau penetapan tempoh atau dateline. Kita buat janjitemu dengan orang, kita tetapkan masa dan kita mesti tunaikan komitmen kita itu tepat pada masanya. Janji pukul 3.00 datanglah pukul 3.00.
Selain dari aspek penjadualan masa, aspek tempoh dan dateline juga berkaitan. Misalnya jika kita telah berjanji untuk menyiapkan projek dalam masa sebulan, kita kena siap sebulan – bukan 3 bulan atau 4 bulan atau tak siap langsung. Begitu juga dengan dateline. Jika kita diarahkan untuk menghantar assignment sebelum pukul 12.00 tengah hari, maka kita perlu siapkan dan hantar assignment kita sebelum pukul 12.00 tengah hari pada tarikh yang berkenaan.
4:103 Dan apabila kamu selesai dengan komitmen tersebut (berperang ), ingatlah Allah sambil berdiri, duduk atau bersandar; tetapi apabila kamu telah benar-benar selamat; tunaikanlah komitmen-komitmen yang rutin, sesungguhnya setiap komitmen mempunyai garismasa (dateline) kepada orang-orang yang percaya.
5. Solaa @ komitmen perlu dilakukan bersama sifat tekun dan sabar
Satu lagi aspek yang penting untuk menjayakan sesuatu komitmen, kita mestilah tekun dan sabar. Tidak ada kerja yang mudah tetapi biasanya orang-orang yang tekun dan sabar dalam usaha mereka akan lebih berjaya dari mereka yang tidak cekal hati dan cepat mengalah.
2:153 Wahai kamu yang percaya! Mintalah pertolongan melalui kesabaran dan komitmen, sesungguhnya Tuhan bersama-sama mereka yang sabar.
Dan sebagai penutup, saya harap corat-coret mengenai solaa @ komitmen ini akan menjana perbincangan yang sihat dari para pembaca semua.
syurgaminda
August 2, 2011 at 2:06 am
Salam.
Soalan saya adakah apabila setiap kali kita nak “komitmen” kita kena basuh muka, tangan, sapu kepala dan kaki dengan air (seperti pada ayat 5:6)? Nampak macam kurang sesuai disitu. Tetapi jika ianya adalah satu ‘ritual’, ia lebih bermakna mengikut konteks ayat tersebut.
Solat adalah utk mengingati-Nya, mengingati-Nya adalah lebih besar. Solat juga sebagai suatu ‘meditasi’.
Sekian.
Mr. Mister
September 19, 2011 at 12:19 pm
Salam.
Pada ayat 24:41.
” Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing – Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.”
Cuba renungkan ayat “Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya,…”
Jelas disini hanya Allah sahaja yang tahu solatnya (burung-burung), kita sebenarnya tidak tahu langsung solatnya. Bagaimana kita mahu mengandaikan bahawa solat burung-burung sama seperti solat manusia ( orang-orang yang beriman kepada Ayat-ayat-Nya)? Sekali-lagi saya ingin menekankan bahawa kita tidak tahu LANGSUNG solatnya, dan sanjungannya.
Sekian.
Mr. Mister
September 19, 2011 at 12:38 pm
Salam.
Komitmen atau Commitment membawa maksud berpegang-teguh, keikatan, atau iktizam (dr bahasa Arab). Maka solat adalah sebahagian daripada iktizam atau berpegang-teguh kepada Allah.
Cuba semak ayat-ayat Allah yang ada perkataan BERPEGANG-TEGUH. Contohnya:
3:101. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu Ayat-ayat Allah dibacakan , dan rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa BERPEGANG-TEGUH (ya’tasim) kepada Allah (billahi), dia diberi petunjuk (hidayah) pada jalan lurus (siratin mustaqim).
3:103. Dan BERPEGANG-TEGUHLAH (i’tasimu) kamu pada tali Allah (bihablillah), semuanya, dan jangan kamu berpecah belah,..
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan BERPEGANG-TEGUH (i’tasamu) kepada Allah, dan menuluskan (akhlasu) agama mereka untuk Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan memberikan orang-orang mukmin upah yang besar.
Dengan menurunkan tiga ayat yang berkaitan, yang saya kira sesuai untuk perkataan KOMITMEN jika hendak guna juga perkataan tersebut.
Maka bolehlah disimpulkan disini, untuk “berkomitmen” dengan Allah haruslah melakukan perkara-perkara yang diperintahkan oleh-Nya menerusi Ayat-ayat-Nya (seperti melakukan amal kebajikan, melaukan solat, mengeluarkan zakat dsb.)
Sekian.
Mr. Mister
September 19, 2011 at 1:00 pm
Solaa bertujuan amar maaruf nahi mungkar, adakah solaa kalian dapat mencegah kemungkaran? satu hari 17 rakaat, setahun 6205 rakaat, jika umat islam ada sejuta , sehari sudah jadi 17 rakaat, tapi sayangnya tidak dapat mencegah kemungkaran yang berleluasa hari ini, fikirkan, adakah solaa yang kalian buat diterima Pencipta, apakah rasional solaa fahaman kalian, semak ALQURAN!!!
Berkorbanapasaja
November 11, 2011 at 12:44 pm
Salam,
Berikut adalah perbezaan erti bagi perkataan berakar daripada “salla” dalam terjemahan yang biasa digunakan:-
(33:56) Yusalluna – bersalawat
(4:102) Yusallu – sembahyang
Sedangkan perkataan “salawat” adalah perkatan Arab seperti dalam ayat 2:238.
(33:43) Yusalli – rahmat
(3:39) Yusalli – sembahyang
Sedangkan perkataan “rahmat” adalah perkataan Arab seperti dalam ayat 2:157.
Di sini kita nampak, perkataan Arab yang berkaitan “salla” akan diterjemahkan kepada “sembahyang” jika dirasakan sesuai dan perkataan yang sama juga akan ditukar kepada perkataan Arab yang lain (bukan menterjemahkannya) jika tidak kena dengan konteks ayat.
Kenapa berlaku perbezaan sebegitu jika kita memerhati dengan hati yang tulus dan jujur?
Tetapi kalau kita uji dengan maksud “komitmen” pada ayat-ayat Al Quran di atas, ia amat masuk akal sekali. Konsisten inilah yang dicari oleh orang-orang yang mahu berpegang pada kebenaran.
Juang
February 8, 2012 at 10:23 pm