syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Pusat tumpuan ritual terbesar sesak gara-gara “Lailatul Qadar”

with 8 comments


MAKKAH/RIYADH: Masjidil Haram di Makkah padat dengan jemaah dan pengunjung apabila beratus-ratus ribu orang dari seluruh dunia yang menunaikan ibadah umrah, tarawih dan Qiamullail mencari keberkatan Lailatul Qadar.

Jabatan Pertahanan Awam Makkah julung kalinya memberi kebenaran kepada Arab News merakam foto Masjidil Haram dari udara (melalui helikopter) pada malam 21 Ramadan lalu, atas inisiatif komander penerbangan, Mejar Jeneral Muhammad Al-Harbi. Helikopter S92 itu dipandu Kapten Abdul Aziz Al-Dhufyan dan Leftenan Muda Ziyad Al-Otaibi.

Helikopter itu terbang dari Jeddah dengan ketinggian 12,192 meter dan pada kelajuan 148 kilometer sejam.

Penerbangannya melalui daerah tengah Makkah dan jurugambar Arab News berjaya merakam beberapa foto seluruh bandar raya Makkah dari pelbagai sudut. Ia turut memfokus kepada Jam Makkah di Menara Yayasan Raja Abdul Aziz. Helikopter juga terbang melalui Misfala, Kuday, Ajyad, Hafair, Hajoun dan Aziziya yang dipenuhi kenderaan membawa jemaah dan pengunjung.

Helikopter yang berfungsi untuk melakukan operasi mencari, menyelamat dan memadam kebakaran serta membawa pesakit itu terbang selama satu jam 30 minit. Sementara Ramadan memasuki 10 hari terakhir bermula Sabtu lalu, masjid di seluruh Arab Saudi mula menunaikan ibadah Qiamullail.

“Solat khas itu dilakukan ketika 10 hari terakhir mulai jam 1 pagi,” kata imam Masjid Sheebani di daerah Nasseriyah di Riyadh, Mohammed Obaidullah.

Sepuluh hari terakhir Ramadan amat penting kerana al-Quran diturunkan buat kali pertama kepada Nabi Muhammad (SAW) pada malam Lailatul Qadar.

Sumber: myMetro (23 Ogos 2011)

Untuk seketika, terdetik satu persoalan di fikiran saya.

Benarkah Tuhan suruh manusia menanti-nanti sambil melakukan upacara ritual pada suatu malam yang kononnya malam tersebut mendapat keberkatan “Lailatul Qadar”?

Apakah itu “Lailatul Qadar”?

Dalam Al-Quran, memang terdapat perkataan tersebut. Mari kita semak sama-sama.

97:1. Sesungguhnya, Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam yang berkuasa.

97:2. Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?

97:3. Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,

97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,

97:5. Sejahteralah ia, hingga terbit fajar.

Transliterasi: Surah ke-97.

1 Inna anzalnahu fee laylati alqadri
2 Wama adraka ma laylatu alqadri
3 Laylatu alqadri khayrun min alfi shahrin
4 Tanazzalu almalaikatu waalrroohu feeha biithni rabbihim min kulli amrin
5 Salamun hiya hatta matlaAAi alfajri

Saya berpendapat, malam tersebut telah berlalu. Tidak ada lagi ‘malam yang berkuasa’ itu. Jadi, penantian para ritualis ini adalah sia-sia. Dengan berkumpul beramai-ramai sehingga menjadi terlalu sesak akan menyebabkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebagai Pentadbir sekalian alam, Tuhan tidak akan suruh manusia beritual di sekeliling kiub batu sambil menanti-nanti malam yang berkuasa itu. Ia hanyalah mainan amalan orang-orang yang menyekutukanNya dan tidak mahu menggunakan minda.

JEDDAH: Pihak berkuasa Makkah menggunakan alat berteknologi tinggi untuk mengawal bilangan jemaah yang memasuki Masjidil Haram pada 10 hari terakhir Ramadan, menurut laporan akhbar Al-Yaum.

Peralatan itu digunakan di semua pagar Masjidil Haram bagi menganggarkan bilangan jemaah umrah dan pengunjung.

Pihak berkuasa cuba mengekang kebanyakan pekerja yang memasuki masjid berkenaan pada 10 hari terakhir untuk menunaikan tawaf dan membaca al-Quran dengan pakaian kerja mereka. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada jemaah umrah.

Pihak berkuasa juga cuba memastikan pengunjung yang tidak menunaikan umrah tidak tidur di tempat terbuka dan menghalang laluan.

Terdapat lebih ramai jemaah menunaikan tawaf di kaabah ketika 10 hari terakhir Ramadan berbanding pada waktu haji. Keadaan ini disebabkan oleh jemaah haji hanya perlu tawaf di kaabah pada waktu ditentukan. Masjidil Haram turut sesak kerana jemaah umrah beriktikaf di masjid hingga akhir Ramadan. – SG

Sumber: myMetro (23 Ogos 2011)

Inilah akibatnya jika tidak mahu mengikut petunjuk Tuhan dalam Al-Quran. Mereka tidak mahu menggunakan minda untuk berfikir.

Kalaulah benar bahawa setiap manusia yang beragama Islam perlu berkunjung ke tempat itu, pasti huru-hara. Kita sendiri dapat membayangkan lautan manusia yang lebih ramai. Kalau ada manfaat, tidak apalah juga.

Setiap apa yang Tuhan suruh dan larang pasti ada manfaatnya kepada kita. Namun, apabila ada manusia yang berani mengatakan sesuatu yang bukan datang daripada Tuhan pasti akan mengundang mudarat. Sunnah Tuhan, tiada sesiapa yang dapat mengubah.

Itulah buktinya.

Written by syurgaminda

August 23, 2011 at 2:00 pm

Posted in Isu Semasa

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Saya selalu terfikir sejak kecil, kalau semua orang di atas planet Bumi ini memeluk agama “Islam”, muat kah untuk menampung sehingga 100 juta pengunjung dalam satu-satu masa. Kekarutan ini telah menjadi semakin besar semakin hari.

    Rujuk blog saya untuk baca posting mengenai sebuah kota yang akan dimusnahkan tidak lama lagi. Berkenaan dengan soalan anda mengenai tarikh kiamat, saya hanya berpendapat sahaja. Jangan ambil serius.

    Kalau ramalan saya mengenai tarikh kemusnahan kota itu musnah adalah tepat, maka dengan menggunakan formula kiraannya sama saya ramalkan (masih teori ok…) kiamat akan berlaku pada 8/9/2030.

    Tetapi sebelum kiamat seluruh dunia akan aman damai kerana itulah matlamat Al-Quran diturunkan. Sebelum 8/9/2030 terdapat satu peristiwa besar yang akan menyedarkan semua manusia iaitu berlaku pada 6/7/2029. Peristiwa ini sangatlah besar sehingga mengubah paradigma pemikiran semua manusia demi keamanan sejagat. Lebih kurang setahun kemudian berakhirlah dunia ini.

    Tetapi jangan cepat sangat percaya kerana saya perlu buktikan bahawa formula kiraannya tepat dengan menunggu tarikh kemusnahan kota ini. Saya terpaksa rahsiakan kerana masanya hampir tiba. Tak lama lagi dan sediakan pop-corn untuk menontonnya.

    Kekarutan agama Arab telah sampai ke kemuncaknya. Apa yang mereka buat di Mekah ialah upacara mempersekutukan Tuhan paling besar di atas muka Bumi ini. They have cross the line. Tidak hairan mengapa ia akan dimusnahkan tidak lama lagi.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 23, 2011 at 2:58 pm

  2. Sejahtera MG,

    Pada tarikh 8-9-2030 jatuh pada hari ahad. Manakala tanggal 6-7-2030 kena pada hari jumaat.

    Ia hanyalah teori berdasarkan formula kiraan anda. kita hanya membuat ramalan. ramalan tak semestinya benar dan tak semestinya juga tak benar. macam ramalan kaji cuaca juga.

    Mungkin anda boleh menguji formula kiraan anda itu sama ada benar atau tidak berdasarkan peristiwa-peristiwa kemusnahan besar yang telah berlaku pada masa dahulu. mana tahu…

    Saya tidak tahu apa akan terjadi kepada billion penganut beragama islam jika tempat tumpuan ritual mereka itu akan musnah. apakah mereka harus membina objek yang diperbuat daripada batu lagi?

    syurgaminda

    August 24, 2011 at 9:12 am

  3. Salam,

    Memang mengarut. Sebenarnya semua perkara yang datang dari Tuhan manusia tidak perlu digembala dan dikuota untuk melakukannya. Mereka boleh melakukannya di mana-mana saja bersumberkan apa yang ada di keliling mereka sendiri.

    tolokminda

    August 24, 2011 at 9:21 pm

  4. Salam SM,

    Itulah yg saya cakap, hanya teori. Selagi belum dibuktikan selagi itulah kita panggil teori. Pernah tak anda baca buku THE MACHINE THAT CHANGED THE WORLD. Buku ini diterbitkan pada tahun 1990. Buku ini meramalkan mengapa Toyota akan menjadi syarikat pembuat kereta nombor satu dunia sebelum tahun 2000 dan mengapa THE BIG 3 (Ford, GM, D-C) akan bangkrap sebelum tahun 2010.

    2 ramalan ini ternyata benar. Saya faham bahawa kita boleh meramalkan masa depan dengan mengenal-pasti beberapa pemboleh ubah dan buat simulasi dengan menjadikan sejarah sebagai pemalar(constant).

    Saya fikir dengan melihat kesesatan majoriti manusia mempersekutukan Tuhan hari ini, saya percaya satu bala bencana besar akan datang kerana mereka hampir melampaui batas. Jika kita baca kisah-kisah nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu, sesuatu kaum itu akan dimusnahkan selepas mereka ingkar kepada mesej Tuhan.

    Tetapi berbeza pula dengan Muhammad di mana kita tahu disekeliling beliau ramai golongan hipokrit. Azab kepada mereka ditangguhkan. Golongan munafik a.k.a. hipokrit bukan sahaja wujud pada zaman dahulu sahaja tetapi dari generasi ke generasi melangkaui zaman.

    Muhammad dilahirkan di Mekah tetapi mengapa baginda wafat di Yathrib?

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 25, 2011 at 1:10 pm

  5. Salam,

    Kalau kita lihat corak keadaan kaum terdahulu sebelum datangkan hari kemusnahan yang dijanjikan, mereka akan menunjukkan keengkaran yang terhebat walaupun telah datang bukti-bukti yang jelas. Maksudnya tahap angkuh mereka sudah tidak boleh diubati lagi walau apa cara sekali pun.

    Macam kita apa barang yang telah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi walau apa cara sekali pun, pasti kita akan musnahkan barang tersebut, begitulah bila sesuatu kaum itu sudah rosak jiwanya dengan kemusyrikan, pasti mereka akan dimusnahkan oleh Pencipta kita.

    Sunnah Tuhan tidak berubah-ubah. Namun sedikit sekali manusia yang memperingati amaran Tuhan. Kerana ramai yang tertipu dengan kuantiti.

    Juang

    August 26, 2011 at 3:28 am

  6. Salam Juang,

    Setuju 100% dengan pendapat anda. Cuba fikir betul-betul kenapa Muhammad wafat di Yathrib tapi bukan Mekah tempat kelahiran baginda?

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 28, 2011 at 10:05 am

  7. Tafsir surah Al-Qadr nih ada dibincangkan di blog mentaliti berfikir, keyword search google “mentaliti berfikir” utk melihat tafsir Lailatul Qadr dari perspekstif yang berbeza dari tafsir tradisional… jeng-jeng-jeng…

    Jebon

    August 28, 2011 at 3:07 pm

  8. Muhammad dilahirkan di Mekah tetapi mengapa baginda wafat di Yathrib?

    -Mat Guyver-

    Sejahtera MG,

    Saya cuba fikirkan persoalan saudara itu namun sampai sekarang tidak ada jawapan. Mungkin ia ada kena mengena dengan pusat tumpuan ritual agama arab itu?

    syurgaminda

    September 14, 2011 at 1:57 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: