Archive for the ‘Al-Quran’ Category
Lain disuruh, lain yang dibuat
Di bawah ini adalah petikan daripada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pembesar agama yang amat disegani di negara ini. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut kepada seorang lelaki beragama Hindu yang mempersoalkan ajaran Agama Islam.
Berikut adalah jawapan daripada pembesar agama yang tersohor ini;
“Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain? “
Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh pembesar agama itu atas pertanyaannya itu, membuatkan lelaki itu mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh pembesar agama tersebut dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.
Saya tidak pasti bagaimana pembesar agama ini tidak dapat memikirkan tentang sesuatu perbuatan atau pekerjaan sama ada ianya berfaedah atau tidak.
Memanglah perumpamaan yang diberikan oleh beliau itu ada logiknya. Kerja dengan orang lain. Minta duit gaji dengan orang lain. Sudah tentu ada yang tak kena di situ.
Namun begitu bagaimana pula sekiranya kerja yang dilakukan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada tuannya? Contohnya, kita disuruh bersihkan kawasan yang semak di belakang rumah. Tapi apa yang kita buat ialah berdiri, menundukkan kepala, meletakkan dahi dan duduk di atas tanah sambil mengadap sebuah busut di belakang rumah tersebut. Tidakkah perbuatan-perbuatan tersebut akan mengundang rasa marah oleh tuannya? Atau adakah perbuatan-perbuatan tersebut mendatangkan faedah kepada tuannya?
Di situ sahaja kita akan nampak logiknya mengapa Tuhan mencipta manusia. Setiap apa yang diciptakanNya ada tujuannya.
Manusia disuruh agar melakukan perkerjaan yang berfaedah demi manfaat sejagat bukan perkerjaan yang tidak berfaedah seperti beritual lima atau tiga kali sehari.
Di samping melakukan amalan-amalan yang berfaedah, kita disuruh untuk berbuat baik sama ada sesama sendiri, binatang atau alam sekitar. Jika kita menjadi manusia yang baik, Tuhan akan beri upah kepada kita di akhirat kelak. Begitulah sebaliknya, kita akan menerima hukuman jika berbuat kejahatan.
Sebenarnya, dalam Al-Quran sudah menjelaskan bahawa sesiapa sahaja yang berbuat kebaikan layak mendapat upah. Saya kurang pasti bagaimana pembesar agama tersebut terlepas pandang ayat Al-Quran di bawah ini;
2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
“Deen” bermaksud Pegangan
Perdebatan saya dengan Jebon dalam entri ini telah membuka minda saya untuk mengkaji maksud “Deen’ yang lebih sesuai, menurut apa yang saya fahami.
Saya tidak memaksa sesiapa pun untuk menerimanya. Namun, ianya terbuka untuk dibahaskan. Mungkin hasil daripada perbahasan itu nanti akan membuahkan idea yang lebih baik.
Sebelum ini, saya bersetuju bahawa ‘deen’ diterjemahkan sebagai ‘cara hidup’ atau way of life. Setelah mengkaji ayat Al-Quran yang berkaitan, saya berpendapat maksud ‘deen’ ialah Pegangan.
Berikut beberapa ayat Al-Quran yang mengandungi perkataan ‘deen’.
3:19. Pegangan yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.
Transliterasi:
Inna alddeena AAinda Allahi alislamu wama ikhtalafa allatheena ootoo alkitaba illa min baAAdi ma jaahumu alAAilmu baghyan baynahum waman yakfur biayati Allahi fainna Allaha sareeAAu alhisabi
3:24. Itu ialah kerana mereka mengatakan, “Api tidak akan menyentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung.” Apa yang mereka mengada-adakan menipu mereka dalam pegangan mereka.
Transliterasi:
Thalika biannahum qaloo lan tamassana alnnaru illa ayyaman maAAdoodatin wagharrahum fee deenihim ma kanoo yaftaroona
3:83. Apa, adakah selain daripada pegangan Allah yang mereka menginginkan, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa yang di langit dan di bumi, dengan rela atau membenci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?
Transliterasi:
Afaghayra deeni Allahi yabghoona walahu aslama man fee alssamawati waalardi tawAAan wakarhan wailayhi yurjaAAoona
4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam pegangan kamu, dan jangan kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia melemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan janganlah mengatakan, “Tiga.” Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung – bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
Transliterasi:
Ya ahla alkitabi la taghloo fee deenikum wala taqooloo AAala Allahi illa alhaqqa innama almaseehu AAeesa ibnu maryama rasoolu Allahi wakalimatuhu alqaha ila maryama waroohun minhu faaminoo biAllahi warusulihi wala taqooloo thalathatun intahoo khayran lakum innama Allahu ilahun wahidun subhanahu an yakoona lahu waladun lahu ma fee alssamawati wama fee alardi wakafa biAllahi wakeelan
Sekali lagi saya tegaskan bahawa perkataan ‘Deen’ yang saya fahami sebagai ‘Pegangan’ bukan mutlak. Ianya terbuka untuk dibahaskan.
Riwayat hadis: Perosak Al-Quran
Al-Quran yang diturunkan melalui pesuruh Tuhan bertujuan sebagai satu panduan kepada semua manusia agar menjadi insan yang benar-benar diinginiNya.
Di dalamnya terdapat berbagai-bagai kisah para nabi yang menjadi pelajaran kepada manusia, suruhan dan larangan yang tidak patut untuk dilakukan.
Sebagai ganjaran kepada manusia yang muslim, Tuhan menjanjikan tempat kediaman yang baik dan sebaliknya manusia yang engkar, ditempat di sebuah tempat kediaman yang buruk. Sehingga hari ini, tidak ada kitab yang lengkap seperti Al-Quran.
Selepas Al-Quran diturunkan, selama beberapa ribu tahun muncul pula kitab-kitab tulisan manusia yang dipanggil sebagai hadis atau percakapan dan perbuatan nabi terakhir. Hadis-hadis ini dikumpul melalui sanad atau rantaian orang-orang yang dipercayai sehinggalah kononnya yang berakhir pada orang sebelum nabi.
Fungsi yang ingin ditonjolkan dalam hadis atau riwayat hadis ini adalah sebagai penjelasan kepada Al-Quran. Ini adalah apa yang didakwa oleh para pembesar agama. Jika begitu, secara automatik mereka sudah tidak percaya kepada ayat al-quran di bawah;
10:37. Al-Qur’an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.
Jadi, jelas apa yang dikatakan oleh para pembesar agama itu adalah dusta semata-mata. Mereka hanya mahu orang lain percaya dengan cerita-cerita daripada riwayat hadis. Apabila sudah terperdaya dan taksub kepada riwayat hadis, Al-Quran tidak dipedulikan lagi. Pendek kata, Al-Quran hanya dilagukan manakala riwayat hadis harus difahami. Sedangkan dalam Al-Quran mengatakan;
2:242. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya bagi kamu supaya kamu faham.
3:118. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak menghancurkan kamu; mereka menginginkan untuk menderitakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka menyembunyikan adalah lebih besar. Maka Kami memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham.
Apa yang lebih parah ialah terdapat golongan yang mengubah maksud perkataan dalam ayat-ayat Al-Quran meskipun mereka mengetahui maksud yang sebenarnya. Ini bertujuan supaya amalan-amalan yang tidak berfaedah yang terdapat dalam riwayat hadis tidak bertentangan atau selari dengan ayat Al-Quran. Contoh yang jelas adalah seperti perkataan solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.
Sebenarnya, Tuhan sudah memaklumkan perkara ini dalam Al-Quran;
2:75. Adakah kamu sangat menginginkan bahawa mereka akan mempercayai kamu, memandangkan ada segolongan daripada mereka yang mendengarkan perkataan (kalam) Allah, kemudian mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.
Selain itu, jika kita selak kitab-kitab riwayat hadis tidak terdapat suruhan agar manusia menggunakan akal. Para pembesar agama juga akan mengecop ‘sesat’ kepada mereka yang mahu menggunakan akal.
Namun lain pula dengan Al-Quran. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyarankannya. Malah orang yang tidak menggunakan akal dikatakan sebagai haiwan yang terlalu buruk pada pandangan Tuhan;
8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak menggunakan akal.
Persoalannya, mengapa masih banyak manusia yang mengaku ‘umat islam’ hari ini yang percaya dan taksub kepada riwayat hadis sedangkan ia umpama ulat yang merosakkan dedaun?