syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Jual organ: Pembesar agama hukum haram

with 8 comments


Niat murni wanita ini tidak boleh dihalalkan apatah lagi jika ia dilakukan untuk membayar hutang along,

Inilah satu kenyataan daripada seorang penasihat majlis agama di negara ini yang jelas tidak mahu menghalalkan niat wanita tersebut untuk menjual organnya.

Persoalannya, apakah terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegah atau melarang perbuatan sedemikian?

Jika tiada, mengapa ada orang yang sanggup berkata “tidak boleh dihalalkan”?

Apakah mereka tahu bahawa Tuhan melarang perbuatan tersebut?

Saya berpendapat, kita tidak berhak untuk menjatuhkan hukum tersebut kerana ianya adalah hak individu masing-masing. Wanita tersebut sudah bersedia menanggung risiko jika dia meneruskan niatnya. Jadi, kita tidak perlu menghalang beliau apatah lagi beliau amat terdesak untuk melangsaikan hutang suaminya sendiri.

Written by syurgaminda

June 17, 2011 at 6:03 pm

Posted in Isu Semasa

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam SM,

    Selamat berblog! Semoga ia mendatangkan akan menyumbang manfaat sedikit sebanyak.

    Baiklah. Saya nampak dalam hal isteri yang mahu menolong bayar hutang suami dengan menderma organnya sendiri ni kita perlu nilai dari sudut moral dan kewajarannya. Soal samada jual organ halal atau tidak ia bukan isu dalam kes ini. Tapi wajarkah si isteri mendedahkan dirinya kepada risiko kesihatan yang besar di masa depan. Mengapa tidak si suami sendiri yang mendermakan organ membayar hutangnya? Atau berusaha dengan cara lain? Mengapa isteri yang harus menjadi korban? Adakah jika si isteri yang menghadapi masalah, suami sanggup berbuat yang sama?

    tolokminda

    June 18, 2011 at 12:55 am

  2. Salam TM,

    Terima kasih atas kesudian saudara menjengah dan memberi komen dalam blog ini.

    Saya juga sebenarnya tertanya-tanya mengapa si isteri yang harus berkorban demi suaminya. Namun, setelah saya fikirkan ia sebenarnya hak individu. Sama ada dia didesak oleh suami atau atas kerelaannya sendiri, itu perkara lain.

    Dalam artikel di atas saya hanya memberi pendapat bahawa golongan agamawan ini tidak seharusnya menjatuhkan hukum dengan sesuka hati. Apabila mereka jatuhkan hukum sedemikian, orang yang taksub kepada mereka tentu akan menurut. Jika ditentang atau niat tersebut diteruskan jua, akan memberi kesan kepada bakal si penjual organ tersebut.

    Mereka sebenarnya adalah manusia bukannya Tuhan. Saya tidak nampak adanya ayat Al-Quran yang menghalang perbuatan tersebut. Lainlah kalau si isteri tersebut dipaksa oleh si suami atau orang lain untuk menjual organ sendiri.

    syurgaminda

    June 20, 2011 at 12:17 pm

  3. kata-kata siapakah golongan agamawan itu, sehingga menyebabkan saudara pukul rata kepada semuanya? . Siapa pula kata mereka adalah Tuhan? saudarakah? mereka tak kata kenapa saudara pula kata? Dalam al-quran tak de pulak menyuruh menjual organ untuk dapat duit? even mengikut pendapat tolokminda sekalipun, menurut beliau haram merubah ciptaan Allah. (betulkan saya jika salah) Kan boleh lagi cari duit dengan cara lain, kenapa saudara tidak bantu saja? Bukankah saudara juga dilihat cuba “berfatwa” sendiri?

    Majma’ Fiqh Sedunia:
    a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
    Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
    i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
    ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

    b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
    Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
    i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
    ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

    c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
    Hukumnya : HARUSdengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

    d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
    Hukumnya : HARAM

    e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
    Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.

    f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
    Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

    g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
    Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

    h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya
    Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.

    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=183&Itemid=90

    -Apology-

    newrehmi

    June 20, 2011 at 5:50 pm

  4. Salam Newrehmi,

    Saya tidak pernah kata “haram mengubah ciptaan Tuhan”. Itu para pembesar agama yang kata. Yang saya kata, kalau nak bersunat pun, biarlah tuan punya badan sendiri yang buat keputusan. Dan kalau dia tak nak bersunat, tak payahlah kata dia murtad ke kafir ke… itu saja.

    tolokminda

    June 23, 2011 at 10:12 pm

  5. Salam,

    Nasib baiklah dalam riwayat-riwayat hadis dan bible tidak ada suruhan membedah tubuh untuk mendapatkan organ dalaman bagi sesiapa yang mahu masuk agama islam. Kalau tidak, haru jadinya. Golongan agamawan pun akan kata murtad atau kafir jika sesiapa yang enggan.

    Jadi, menjual organ untuk mendapatkan wang adalah hak tuan punya badan. Tak perlulah kata ia haram jika dilakukan. Mungkin itu adalah jalan terakhir baginya.

    Sejuta itu bukannya sikit. Sekurang-kurangnya dia dapat memberikan sinar harapan kepada pesakit buah pinggang dan orang buta yang benar-benar memerlukannya. Dan, amat berbaloi dengan jumlah wang yang banyak itu. Di sini ada situasi win-win! Tak ada pihak yang rugi pun.

    syurgaminda

    June 24, 2011 at 12:53 am

  6. @tolokminda dan syurgaminda, salamun alaikum.

    siapa kata kami atau golongan agamawan katakan mereka itu murtad atau kafir. Itu adalah tuduhan yang berat!!!! Demi Tuhan yang kalian berdua kasihi maka tunjukkanlah bukti!!!! Kalian tak habis-habis dengan tuduhan!!! Hanya pukul rata kepada semua!!! Jelasnya kalian tak memahami pun surat al-hujuraat. Tunjukkanlah bukti atas tuduhan yang kalian buat!!!!!!! Maka tunjukkanlah!! kalian beriman pada Al-Quran, maka buktikan!! Kalau tak mampu, carilah buktinya hingga ke lubang cacing sekalipun!!!

    Betulkan kalau saya salah.

    newrehmi

    June 26, 2011 at 4:18 pm

  7. Salam Newrehmi,

    Ia bukan tuduhan. Sebaliknya hanya satu figure of speech. Sebagai menggambarkan betapa tegarnya kepercayaan tuan terhadap keperluan berkhatan. Saya percaya jika saya letakkan skala dari 1 – 10 bahawa tuan percaya tuan mesti mengkhatankan anak tuan kerana ia tuntutan agama, tuan akan memilih 10. Kalau tuan tidak setuju dengan kata-kata saya ini, beritahu saya. Rata-rata orang Islam memang berpendirian begitu.

    tolokminda

    June 26, 2011 at 5:23 pm

  8. Salam,
    Bukti apa lagi yang Newrehmi kehendaki??? apakah dianya dari selain ayat2 Al Quran???
    Disini dimajukan lagi beberapa ayat2 Quran dari Surah An’aamu ayat 72-84 utk direnungkan;

    72. Dan lakukanlah komitmen kewajipanmu dan prihatinlah kepadaNya dan hanya kepada Dia pastinya kamu dihimpunkan.
    73. Dan Dia yang mencipta langit dan bumi dengan sebenar dan apabila Dia berkata jadilah pasti dianya terjadi maka kata-kataNya benar dan berkuasa meniupkan semangat/as-syuuri dan hanya Dia mengetahui yang ghaib dan yang menyaksikan yang bijaksana yang mengetahui.
    74. Dan ketika berkata ibraahiimu kepada bapanya aazara apakah kamu mengambil berhala sebagai tuhan dan aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata.
    75. Dan demikianlah Kami telah berikan penerangan kepada ibraahiima penguasaan langit dan bumi dan menjadikan dia seorang yang yakin.
    76. Dan apabila malam dia ternampak kilauan bintang maka dia berkata, inilah pemeliharaku maka ketika dianya terbenam dia berkata, aku tidak menyukai yang terbenam.
    77. Dan apabila dia melihat bulan memacarkan sinarnya, dia berkata inilah pemeliharaku maka ketika dianya menghilang dia berkata, jika pemeliharaku tidak berikan aku petunjuk pasti aku menjadi sesat.
    78. Dan apabila dia melihat matahari memancarkan bahangnya, dia berkata inilah pemeliharaku kerana ini lebih besar maka ketika dianya terbenam dia berkata wahai kaumku, aku berlepas diri dari apa kamu sekutukan.
    79. Aku menghadapkan diriku kepada yang mengasaskan langit dan bumi dengan tulus ikhlas dan bukanlah aku dari orang yang sekutu.
    80. Dan kaumnya pertikaikan maka dia berkata apakah kamu pertikaikan hal Allah yang telah memberi petunjuk kepadaku dan aku tidak takut kepada apa yang telah kamu sekutukan kecuali jika dikehendaki pemeliharaku dan hanya Dia pemeliharaku dan menguasai segala ilmu pengetahuan maka apakah tidak kamu mengingatinya.
    81. Dan mengapa aku harus takut kepada apa yang telah kamu sekutukan sedangkan kamu yang perlu takut kerana kamu yang sekutukan Allah dengan apa yang tidak berkuasa menurunkan apa-apa pun maka golongan manakah yang lebih berhak diamanahkan jika kamu ketahui.
    82. Orang yang amanah dan tidak campur-adukan keamanahan dengan kezaliman maka itulah sebenarnya amanah dan mendapat petunjuk.
    83. Dan itulah hujah Kami berikan kepada ibraahiima dan kaumnya maka Kami angkatkan kepada beberapa darjat sesiapa Kami kehendaki dan hanya pemeliharamu yang bijaksana yang mengetahui.
    84. Dan Kami berikan petunjuk kepada ishaaqa dan ya’quuba dan nuuhan sejak dahulu lagi dan dari keturunan daawuuda dan sulaimaana dan ayyuuba dan yuusufa dan muusaa dan haaruuna dan demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang yang jujur dan ikhlas.

    Dengan harapan janganlah tuduh menuduh, itu amalan syaitan, Salam.

    Bolris

    June 27, 2011 at 1:42 pm


Leave a comment