syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

“Kami sembah Allah, bukan batu!”

with 11 comments


Seringkali, inilah jawapan yang diterima setiap kali diajukan soalan-soalan seperti; “Mengapa perlu mengadap kiub batu di Mekah? Anda sembah Allah atau batu?”

Jawapan yang keluar dari mulut para ritualis Agama Islam ini ialah “Kaabah (kiub batu) adalah kiblat (arah) kami bersembahyang”, “Kami sembah Allah, bukan sembah batu”!

Mari kita kaji secara teliti mengapa mereka menjawab sedemikian.

Pertama, mereka bermati-matian mempertahankan kata-kata mereka bahawa mereka hanya menyembah Tuhan Yang Satu iaitu Allah. Namun, mengapa perlu mengadap, berkunjung dan beritual di tempat di mana batu itu berdiri gah? Bukankah ia bermaksud menyembah batu?

Sepatutnya, jika mereka kata hanya sembah Allah semata-mata, mereka tidak perlu mengadap, berkunjung dan beritual pada kiub batu tersebut. Dalam Al-Quran begitu jelas mengatakan;

2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.

Di mana-mana sahaja kita berada, di situ ada “Wajah Allah”. Wajah Allah bermaksud ketetapan-ketetapan Allah di alam semesta ini.

Pernah mereka mengemukakan hujah berbunyi begini; “Andaikata “Kaabah” itu musnah, kami tetap bersembahyang kepada Tuhan.” Soalnya, mereka harus mengadap ke mana?

Jika “Kaabah” itu musnah, tentu sekali para pembesar agama akan terkial-kial untuk mencari tempat mengadap yang sesuai atau adakah mereka akan membina “Kaabah” yang baru?

Bayangkan jikalau mereka berada di bulan. Ke arah mana harus mereka mengadap? Bagaimana mereka menentukan arah kiub batu jikalau bumi ini sendiri sentiasa berputar pada paksinya?

Inilah sebab mengapa semua perbuatan menyekutukan Tuhan itu akhirnya membawa kepada sesuatu yang tidak masuk akal.

Mereka sebenarnya mendustai diri mereka sendiri. Dengan mengatakan “Kaabah” itu adalah ‘Rumah Allah’ yang patut dikunjungi, dicium, dikelilingi dan sebagainya, mereka sebenarnya menyembah batu dan menyekutukan Tuhan.

Kita sedia maklum bahawa Allah tidak akan mengampunkan orang-orang yang menyekutukanNya. Inilah yang paling kita takuti.

4:116. Allah tidak mengampunkan apa yang dengan-Nya dipersekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

Written by syurgaminda

July 8, 2011 at 6:02 pm

Posted in Agama

11 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam SM,

    Mana ada umat sembah-menyembah benda mengaku mereka menyembah benda. Mereka cuma menyekutukan Tuhan dengan benda itu saja, bukan menyembahnya, Tuhan pun tak kata mereka menyembah benda, Tuhan kata mereka menyekutukan Dia dengan benda-benda itu. Jadi soalan yang patut kita tanya pada mereka adalah, mengapa kamu sekutukan Tuhan dengan benda itu?

    tolokminda

    July 9, 2011 at 1:10 am

  2. Salam TM,

    Benar, kalau tanya mereka soalan itu pun pasti tak akan mengaku. Itu kan ‘Rumah Tuhan’. Jadi, bagi mereka memang tak salah beritual di sekelilingnya. Lain lah kalau beritual dan mengadap patung batu di Batu Caves. Itu barulah menyekutukan Tuhan bagi mereka atau pun menyembah patung batu. Atau dengan kata lain syirik. Apalah sangat setakat kiub batu.

    syurgaminda

    July 9, 2011 at 9:04 pm

  3. Salam.

    Sdr tentu sudah silap dalam memahami ayat 2:115.
    2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.

    Ayat 2:115 di atas jika kita semak betul-betul ayat tersebut bukanlah ayat PERINTAH. Yakni tiada arahan daripada Allah supaya kita berpaling kepada satu arah tertentu.

    Semak ayat di bawah ini:

    2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, PALINGKANLAH MUKA KAMU KE ARAH MASJIDIL HARAM; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.
    2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, PALINGKANLAH MUKA KAMU KE ARAH MASJIDIL HARAM, dan di mana sahaja kamu berada, PALINGKANLAH MUKA KAMU KE ARAHNYA, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan jangan takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku (nikmat-Ku) ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.

    Ayat-ayat Allah di atas adalah ayat perintah yangmana kita diperintahkan dengan memalingkan wajah kearah Masjidil Haram yang tentunya hanya berada di Mekah.
    Masjidil Haram adalah KIBLAT yang Allah tetapkan seperti ayat dibawah:
    2:144. Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada KIBLAT yang kamu berpuas hati. Maka PALINGKANLAH MUKA KAMU KE ARAH MASJIDIL HARAM (Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, PALINGKANLAH MUKA KAMU KE ARAHNYA. Orang-orang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka mengerjakan.

    Ka’abah atau sdr katakan ‘KIUB’ adalah KIBLAT yang Allah telah tetapkan tentunya dalam ritual Solat dan Haji. Ini adalah perintah Allah. Janganlah menjadi seperti Iblis yang ingkar satu ARAHAN DARIPADA ALLAH supaya sujud (bukan sembah) kpd Adam. Ia sombong lalu menjadi antara orang-orang yang tidak percaya (kafir).

    Sekian.

    Mr. Mister

    September 19, 2011 at 8:16 pm

  4. MASJIDIL HARAM, KIBLAT, KA’ABAH, IMAM, ISLAM – itu semua ialah perkataan-perkataan Arab. Apabila diterjemahkan ke bahasa lain, penterjemah akan mengekalkan bunyinya dalam usaha untuk memberikan pengertian baru sesuatu perkataan itu.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    September 22, 2011 at 9:40 am

  5. Salam MM,

    Saya terjemahkan 2:142-15o begini:

    2:142 Akan bertanya yang bodoh di kalangan manusia: Apa yang memalingkan mereka dari arah tumpuan yang mereka telah berada di atasnya? Katakan: Kepunyaan Tuhan timur dan barat. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia ingini ke jalan orang-orang yang lurus.

    –> Sayaqoolu alssufahao mina alnnasi ma wallahum AAan qiblatihimu allatee kanoo AAalayha qul lillahi almashriqu waalmaghribu yahdee man yashao ila siratin mustaqeemin

    2:143 Dan maka Kami jadikan kamu satu umat yang diutamakan supaya kamu akan menjadi saksi ke atas manusia dan bahawa rasul ke atas kamu sebagai saksi. Dan tidak Kami jadikan arah tumpuan yang kamu telah berada di atasnya kecuali Kami menjadikannya sebagai bukti siapa yang menuruti rasul dari siapa yang berpaling di atas tumitnya. Dan sesungguhnya ia adalah satu beban berat kecuali yang diberi petunjuk Tuhan. Dan tidak Tuhan akan sia-siakan kepercayaan kamu. Sesungguhnya Tuhan kepada manusia Prihatin, Mengasihani.

    –> Wakathalika jaAAalnakum ommatan wasatan litakoonoo shuhadaa AAala alnnasi wayakoona alrrasoolu AAalaykum shaheedan wama jaAAalna alqiblata allatee kunta AAalayha illa linaAAlama man yattabiAAu alrrasoola mimman yanqalibu AAala AAaqibayhi wain kanat lakabeeratan illa AAala allatheena hada Allahu wama kana Allahu liyudeeAAa eemanakum inna Allaha bialnnasi laraoofun raheemun

    2:144 Demikian Kami melihat kamu berlegar menghadap ke langit. Maka Kami palingkan kamu ke arah tumpuan yang menyenangkan kamu. Jadi berpalinglah mengadap ke arah yang telah dipersetujui yang direstui dan di mana saja kamu berada berpalinglah terhadap arah itu. Dan sesungguhnya yang telah diberi Kitab sesungguhnya tahu bahawa ia kebenaran dari Pemelihara mereka. Dan tidak Tuhan tidak sedar apa yang mereka kerjakan.

    –> Qad nara taqalluba wajhika fee alssamai falanuwalliyannaka qiblatan tardahafawalli wajhaka shatra almasjidi alharami wahaythu ma kuntum fawalloo wujoohakum shatrahu wainna allatheena ootoo alkitaba layaAAlamoona annahu alhaqqu min rabbihim wama Allahu bighafilin AAamma yaAAmaloona

    2:145 Dan walaupun jika kamu mendatangi yang telah diberikan Kitab, dengan semua tanda-tandaNya, tidak mereka akan menuruti arah tumpuan kamu dan tidak pula kamu menurut arah tumpuan mereka. Dan tidak sebahagian dari mereka akan menuruti arah tumpuan sebahagian yang lain. Dan jika kamu turuti ego mereka dari selepas apa yang sampai kepada kamu pengetahuan ini, maka sesungguhnya kamu adalah dari kalangan orang-orang yang jahat.

    –> Walain atayta allatheena ootoo alkitaba bikulli ayatin ma tabiAAoo qiblataka wama anta bitabiAAin qiblatahum wama baAAduhum bitabiAAin qiblata baAAdin walaini ittabaAAta ahwaahum min baAAdi ma jaaka mina alAAilmi innaka ithan lamina alththalimeena

    2:146 Yang telah Kami beri Kitab – mereka mengenalinya sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya segolongan dari mereka – mereka telah menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui.

    –> Allatheena ataynahumu alkitaba yaAArifoonahu kama yaAArifoona abnaahum wainna fareeqan minhum layaktumoona alhaqqa wahum yaAAlamoona

    2:147 Yang benar dari Pemelihara kamu. Oleh itu jangan menjadi kalangan orang-orang yang ragu.

    –> Alhaqqu min rabbika fala takoonanna mina almumtareena

    2:148 Dan untuk setiap orang mereka mengadap penaung mereka sendiri. Oleh itu berlumbalah kepada yang lebih baik. Di mana saja kamu berada ia akan membawa kamu, Tuhan bersama-sama. Sesungguhnya Tuhan mengatasi segala-galanya – Berkuasa.

    –> Walikullin wijhatun huwa muwalleeha faistabiqoo alkhayrati ayna ma takoonoo yati bikumu Allahu jameeAAan inna Allaha AAala kulli shayin qadeerun

    2:149 Dan dari mana saja kamu keluar berpalinglah mengadap ke arah yang telah dipersetujui yang direstui. Dan sesungguhnya ia sesungguh-sungguh kebenaran dari Pemelihara kamu. Dan tidak Tuhan tidak sedar apa saja yang kamu kerjakan.

    –> Wamin haythu kharajta fawalli wajhaka shatra almasjidi alharami wainnahu lalhaqqu min rabbika wama Allahu bighafilin AAamma taAAmaloona

    2:150 Dan dari mana saja kamu keluar berpalinglah menghadap ke arah yang telah dipersetujui yang direstui. Dan di mana saja yang kamu berpaling, menghadaplah ke arahnya. Supaya tidak ada sebab manusia di atas kamu menyelidiki kamu kecuali yang jahat di kalangan mereka. Jadi jangan takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu. Dan Aku sempurnakan pemberianKu ke atas kamu supaya kamu mendapat petunjuk.

    –> Wamin haythu kharajta fawalli wajhaka shatra almasjidi alharami wahaythu makuntum fawalloo wujoohakum shatrahu lialla yakoona lilnnasi AAalaykum hujjatun illa allatheena thalamoo minhum fala takhshawhum waikhshawnee waliotimma niAAmatee AAalaykum walaAAallakum tahtadoona

    tolokminda

    September 22, 2011 at 11:01 am

  6. Salam MG,

    Butikan pengertian sdr adalah pengertian LAMA.

    Salam.

    Mr. Mister

    September 22, 2011 at 12:02 pm

  7. Sdr TM,

    Saya ingin bertanya apakah “arah yang telah dipersetujui yang direstui”? Tolong jelaskan sebab bila saya baca terjemahan/tafsiran sdr saya celaru sikit.

    Salam.

    Mr. Mister

    September 22, 2011 at 12:11 pm

  8. Saya boleh copy & paste banyak tulisan-tulisan utk menyokong hujah saya. But i don’t want do it. Saudara TM boleh buktikan banyak penyelewengan/kelemahan/kecacatan terjemahan Al-Quran yang kita pegang selama ini.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    September 22, 2011 at 12:34 pm

  9. MM menulis:

    Saya ingin bertanya apakah “arah yang telah dipersetujui yang direstui”? Tolong jelaskan sebab bila saya baca terjemahan/tafsiran sdr saya celaru sikit.

    Salam MM,

    Saya berpendapat arah yang dimaksudkan bermaksud fokus. Dan istilah “yang dipersetujui yang direstui” atau masjidilharam pula sebenarnya satu istilah yang bersifat umum. “Yang dipersetujui” (al-masjid) boleh jadi apa saja perkara yang kita telah beri persetujuan untuk menerimanya atau melaksanakannya. Dan “yang direstui” (al-harami) pula bermaksud perkara berkenaan adalah dalam batasan yang Tuhan benarkan.

    Misalnya kalau kita telah bersetuju untuk bekerja dengan majikan kita maka kita perlu fokus kepada kerja yang diamanahkan. Bekerja adalah sesuatu yang Tuhan restui atau benarkan. Jadi ia adalah suatu “masjidilharam” kepada kita. Kalau kita setuju dengan apa yang telah Tuhan kitabkan kepada kita, maka kita perlu fokus untuk menjadikannya sebagai komitmen pada setiap ketika. Mempercayai dan melaksanakan apa yang Tuhan kitabkan adalah perkara yang Tuhan benarkan atau restui. Maka ia adalah suatu “masjidilharam” kepada kita. Begitu juga kalau kita bersetuju memasuki sesuatu perjanjian dengan pihak lain kita perlu fokus untuk memasti komitmen kita terhadap perjanjian berkenaan ditunaikan. Memasuki sesuatu perjanjian termasuk dengan pihak musuh adalah perkara yang dibenarkan atau direstui oleh Tuhan/ Maka ia juga merupakan “masjidilharam” kepada kita apabila kita memasukinya.

    Maknanya apabila kita telah bersetuju dalam sesuatu perkara dan perkara itu pula adalah sesuatu yang Tuhan restui, maka itulah yang kita perlu berikan fokus kepadanya. Saya percaya jika umat Islam memahami pengertian “masjidlharam” mereka seperti ini, mereka pasti sudah menjadi umat yang terulung dalam apa jua lapangan di dunia ini. Saya yakin selagi umat Islam percaya masjidilharam adalah bangunan yang menempatkan kotak batu sebagai sekutu sembahan mereka terhadap Tuhan, mereka tidak akan menjadi umat yang mampu menjadi pelopor dan pemacu tamadun manusia.

    tolokminda

    September 23, 2011 at 1:13 am

  10. Salam TM,

    Syabas diucapkan. Saya lihat huraian saudara tentang erti “masjidilharam” semakin lama semakin mudah difahami. Apatah lagi saudara kemukakan contoh2 yang realistik dilakukan oleh manusia dan ada kesan manfaatnya.

    Juang

    September 24, 2011 at 11:18 pm

  11. Salam

    Mungkin Tolokminda kena taruk diagramnya jugaks 🙂

    Jebon

    October 5, 2011 at 10:21 am


Leave a comment