syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Ucap salam tidak semestinya Islam

with 14 comments


Al-Quran dalam Bahasa Arab mengajar kita bagaimana untuk memberi ucapan salam hormat seperti yang dianjurkanNya.

Jika kita membuat semakan dalam Al-Quran, hanya terdapat tiga jenis ucapan sahaja yang disebut iaitu “Salamun alaikum”, “Salamun alaika”, dan “Salam”.

Ketiga-tiga jenis ucapan salam tersebut bermaksud “Sejahtera”, “Kesejahteraan ke atas kamu” atau lazimnya dalam konteks masa kini adalah “Selamat Sejahtera”. ‘Kum’ adalah untuk jamak manakala ‘Ka’ kepada seorang.

Berikut beberapa ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kalimah-kalimah tersebut;

Salam

11:69. Rasul-rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, ‘Salam!‘ Dia berkata, ‘Salam’.

25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, ‘Salam’.

Salamun alaikum

6:54. Apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu (Muhammad), katakanlah, ‘Salamun alaikum’.

28:55. Apabila mereka mendengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, ‘Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak menginginkan orang-orang yang bodoh’.

Salamun alaika

19:47. Dia berkata, ‘Salaamun alaika!’ Aku akan meminta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.

Bagi penganut beragama Islam, terdapat tambahan dan pengubahsuaian dalam ucapan salam hormat Bahasa Arab mereka iaitu “Assalamualaikum” atau lebih cantik lagi ditambah dengan “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu”.

Kita sebenarnya tertanya-tanya bagaimana nabi boleh mencipta ucapan salam seperti  “Assalamualaikum” atau “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu”? Sedangkan ianya jelas telah diajar oleh Tuhan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat Al-Quran di atas?

Tidak lain dan tidak bukan ia hanyalah cerita-cerita dongeng riwayat hadis yang di bawa oleh manusia-manusia di kalangan syaitan.

Apabila seseorang memberi salam hormat dengan menggunakan Bahasa Arab seperti di atas, adakah dia seorang muslim yang berpegang kepada Islam?  Jawapannya, tidak semestinya Islam.

Ini kerana, Islam tidak meletakkan penggunaan Bahasa Arab sebagai kayu pengukur.  Sama ada melontarkan ucapan salam hormat dalam Bahasa Arab, Melayu, Inggeris, Cina atau bahasa apa jua sekalipun sebenarnya tidak penting. Apa yang penting setiap terjemahan daripada Bahasa Arab ke dalam bahasa-bahasa asing itu harus membawa maksud yang serupa.

Mungkin amat sesuai bagi orang-orang berbangsa Melayu di kalangan mereka menggunakan ucapan salam hormat seperti “Selamat sejahtera” atau “Salam sejahtera” sahaja tanpa menyukarkan lidah mengungkapkannya dalam Bahasa Arab.

Written by syurgaminda

July 25, 2011 at 3:27 am

Posted in Islam

14 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Kesejahteraan keatas kamu(Salamun Alaikum,)!

    6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, “Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu).” Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

    Rentetan dari lafaz salamun alaikum, apa pula yang saudara terfikir dengan ayat yang seterusnya sebagai pelengkap terhadap 6:54.

    Saya pula telah lama mengucapkan salam seperti yanbg Allah anjurkan kepada setiap orang yang saya junpa kerana ia sebenarnya doa(bagi saya) kepada setiap orang. Ya, setiap orang. Kalau ada yangkekok, sya beritahu bahawa salamun alaikum hanyalah bahasa arab yang kalau minta sebut dalam bahasa yang kita fahami ianya satu yang melangkaui batasan bangsa.

    Semuga dapat terus berbincang kerana Allah…..

    proquran

    August 1, 2011 at 8:40 am

  2. Salam proquran,

    Selepas ayat 6:54,

    6:55. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat, supaya jalan orang-orang yang berdosa menjadi nyata.

    Tuhan suruh kita memberi salam hormat (tidak semestinya dalam bahasa arab kerana Tuhan mencipta manusia dengan pelbagai bangsa) kepada orang yang percaya ayat-ayat Kami. Saya berpendapat, ia dapat membezakan ciri-ciri orang yang percaya atau tidak. Orang yang percaya adalah mereka yang suka memberi salam hormat manakala yang tidak percaya sebaliknya. Ia sebenarnya adalah common sense. Apabila berjumpa dengan orang lain, harus menegurnya dengan memberi salam hormat.

    Frasa “orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami” dalam ayat 6:54 tidak semestinya orang yang mempunyai perkataan ‘Islam’ dalam kad pengenalannya. Kita tidak tahu orang itu percaya kepada ayat-ayat ‘Kami’. Namun, saya yakin orang yang tidak menyekutukan Tuhan itulah yang percaya kepada ayat-ayat ‘Kami’. Lihat ayat seterusnya;

    6:56. Katakanlah, “Aku dilarang mengabdikan diri kepada orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah.” Katakanlah, “Aku tidak mengikuti keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.”

    syurgaminda

    August 2, 2011 at 1:50 am

  3. Salamun alaikum,

    Artikel berikut saya terjumpa dlm simpanan saya sejak 1987,dianya berkaitan dgn tajuk diatas, harap dpt hayati bersama;

    SALAMUN ALAIKUM,
    26/03/1997
    Saudara/saudari, para ibu/bapa, guru-guru, ustaz/ustazah, pelajar-pelajar, imam-imam, tuan-tuan haji, tuan-tuan kadi, para ulama’ dan sesiapa sahaja yang membaca artikel ini. Apa yang ingin diutarakan disini adalah perkataan SALAMUN ALAIKUM. Sebagaimana biasa apabila kita mendatangi atau didatangi seseorang, kita akan mangucapakan ASSALAMUALAIKUM. Maka dari manakah kita belajar perkataan ini? Sudah tentu kita dapati dari bapa atau datuk nenek kita atau tuan guru kita atau ulamak kita atau kebanyakan orang menyebutnya. “Jika kamu mengikuti kebayakan manusia dimuka bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah, mereka hanya mengikuti sangkaan dan dugaan semata.” [Q; 6:116] (surah AL- AN-AM, ayat 116)
    Firman Allah yang berbunyi, “………….Apabila kamu memasuki rumah, berilah penghormatan kepada sesama kamu dengan salam hormat daripada Allah, yang diberkati dan baik. Bagitulah Allah menjelaskan ayat-ayat supaya kamu faham.”[Q; 24:61] (surah AN-NUR, AYAT 61)
    Allah berfirman lagi “Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami datang kepada kamu katakanlah SALAMUN ALAIKUM…………….[Q; 6:54] (surah AL-AN’AM, ayat 54)
    Jadi disini kita telah diajar Allah bagaimana memberi salam hormat kepada sesiapa sahaja. Sehingga apabila kita hendak mati juga malaikat akan memberi salam kepada kita “Mereka yang dimatikan oleh malaikat sedang mereka berkeadaan baik dengan berkata “SALAMUN ALAIKUM” …….[Q; 16:32] (surah AN-NAHL, ayat 32)
    Disini dibuktikan kepada anda bahawa perkataan Assalamualaikum tidak wujut didalam Al-Quran dan Allah juga menjamin kita masuk neraka Jahanam jika kita mengubah perkataan yang diajar Allah didalam Al-Quran “………..Kemudian apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu, dan mereka berkata “Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan. “Cukuplah Jahanam bagi mereka, dimana mereka dipanggang, satu kepulangan yang buruk.” [Q; 58:8] (surah AL-MUJADILAH, ayat 8)
    Semasa disyurga nanti perkataan ini digunakan oleh malaikat kepada penghuni-penghuninya “Taman-taman Adn mereka masuk dan orang-orang yang salih daripada bapa-bapa mereka dan isteri-isteri mereka dan keturunan mereka dan para malaikat masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu, Salamun alaikum kerana kamu telah bersabar. “Sangat baiknya tempat kediaman yang muktamat.” [Q; 13:23-24] (surah AR-RA’D, ayat 23-24)
    Sebelum kita dimasukan kesyurga, para malaikat akan menyambut kita dan kata alu-aluannya ialah “SALAMUN ALAIKUM.” Ini dibuktikan didalam Al-Quran yang bermaksud “Kemudian orang-orang yang takut kepada tuhan mereka diarah dalam kumpulan-kumpulan kesyurga sehingga apabila mereka datang kepadanya dan pintu dibuka dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka “Salamun alaikum………..”[Q; 39:73] (surah AZ-ZUMAR, ayat 73) Tetapi orang yang mengubah perkataan itu jangan mimpi nak masuk syurga, sedangkan Jahanamlah tempat mereka. Sila rujuk (Q; 58:8)
    Disini Allah juga mengajar kita mengucapkan salam kepada orang perseorangan. Sebagai contoh nabi Ibrahim mengucapakan salam kepada bapanya yang kafir, menyembah patung. Jadi tidak salah jika hari ini kita mengucapakan salam kepada orang-orang kafir, walaupun orang yang hari ini mengaku beriman melarangnya. Nabi Ibrahim adalah suri teladan yang baik. “(Ibrahim) berkata “Salamun alaikum aku akan minta ampun untuk kamu kepada tuhanku, sesungguhnya dia sangat baik kepadaku.”[Q; 19:47] (surah MARIAM, ayat 47)
    Seterusnya Allah mengajar kita mengucapakan perkataan yang serupa walaupun kepada orang-orang yang bodoh atau jahil. Apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya dan berkata “Bagi kami amalan kami dan kamu amalan kamu; Salamun alaikum kami tidak inginkan orang yang bodoh (jahil) [Q; 28:55] (surah AL-QASHASH, ayat 55)
    Jika disini kita mengambil iktibar dari Al Quran bahawa ucapan kita selama ini salah. Apakah anda tidak mahu memperbetulkanya? Jika anda sudah bersedia untuk masuk neraka Jahanam tak apalah. Tapi jangan dustakan ayat-ayat Allah, jangan kata ASSALAMUALIAKUM itu nama tuhan. Memang benar ASSALAM nama tuhan. Mungkin suatu hari nanti kita dengar pula ucapan Arahman alaikum, Arahimalaikum, Ajabaralaikum, Alkudusalaikum dan sebagainya.
    Kalau malas sangat atau malu atau takut nak sebut SALAMUN ALAIKUM, sebut sahaja SALAM. Perkataan ini juga diajar didalam Al-Quran. Sebagai contoh kita lihat salam untuk orang-orang kafir “Namun begitu maafkanlah mereka dan katakan “SALAM” kelak mereka akan mengetahui.” [Q;43:89] (surah AZ-ZUKHRUF, ayat 89)
    Semasa kita menemui tuhan diakhirat nati perkataan ini juga digunakan. “Salam hormat mereka (mukmin) pada hari merekaa menemuiaNya ialah “SALAM”….[Q; 33:44] (suarh AL-AHZAB, ayat 44)
    “SALAM” ialah perkataan daripada tuhan Yang Pengasih” [Q; 36:58] (surah YA SIN, ayat 58)
    Persoalanya sekarang, perlukah ucapan salam yang kita terima dijawab? Merujuk kepada beberapa ayat didalam Al-Quran untuk dicontohi kita lihat satu persatu ayatnya. Rasul-rasul kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka (malaikat) berkata “SALAM” dia (Ibrahim) berkata “SALAM”….. [Q; 11:69] (surah HUD, ayat 69)
    Lagi satu ayat ialah “Apabila mereka masuk kepadanya dengan berkata”SALAM” Dia berkata “SALAM” kamu adalah kaum yang aku tidak kenal” [Q; 51:25] (surah ADZ-DZARIYAT, ayat 25) Ini adalah dua ayat yang boleh kita contohi dari Al-Quran pada zaman nabi Ibrahim. “Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu dan satu tegoran bagi orang-orang yang bertakwa” [Q;24:34] (surah AN-NUR, ayat 34)
    Buat anda yang mahu berfikir dan ingin memperbetulkan maka tinggalkanlah amalan-amalan yang salah dan pilihlah yang betul, yang dibuktikan betul, bukan mempertahankan sesuatu yang tidak berasas. Bagi yang degil ini ada ayat untuk anda; “Dan apabila dikatakan kepada mereka, ikutlah apa yang Allah turunkan, mereka berkata, TIDAK! kami akan mengikuti apa yang kami dapati bapa-bapa kami buat, apa? jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu dan tidak dapat petunjuk” [Q;2:170] (surah AL-BAARAH, ayat 170)
    Dan nanti mereka akan jumpa ini pula “Setiap kali sekumpulan dilemparkan kedalamnya (neraka) penjaga-penjaganya menanyai mereka , “Tidakah datang pemberi amaran kepada kamu? mereka berkata, Ia benar! seorang pemberi amaran telah datang kepada kami tapi kami mendustakan dengan berkata, Allah tidak menurunkan sesuatu, kamu hanya dalam kesesatan yang besar dan mereka berkata, sekiranya kami mendegarkan atau memahami tentu kami tidak menjadi ahli neraka” [Q;67:8-9-10] (surah AL-MULK, ayat 8-9-10)
    Buat penutup kata dalam artikel kali ini kita lihat satu ayat dimana diucapkan oleh penghuni syurga “Seruan mereka didalamnya ialah “Engkau disanjung ya Allah dan salam hormat mereka ialah “SALAM” dan akhir seruan mereka ialah “Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam” [Q;10:10] (surah YUNUS, ayat 10)
    SALAM,
    NURKLANG

    Diharap dapatlah pembaca fahami apa yg dimaksudkan oleh nurklang ini!!!!! Salam.

    Bolris

    August 19, 2011 at 9:33 am

  4. Apa beza ucapan orang yang tidak mengenali ucapan salam ini tapi di fikiran dan hati mereka ingin memberikan rasa sejahtera/aman/damai sesama kita manusia.. Sebagai contoh: hai! , senyuman dan gerakan tubuh (body language), apa kabar dan lain2. Kan lebih universal permaknaan ucapan salam itu. Kadang apa yang dimengertikan tentang salam di dalam Quran itu sangat jelas permaknaannya di sekeliling kita 🙂 Salam. Ini hanya pendapat. Moga dibincangkan 🙂

    researcher1987

    August 20, 2011 at 5:57 pm

  5. Salam,

    Saya sependapat dengan researcher bahawa pengertian “Salam” itu bukan dalam bentuk ucapan sahaja, malah senyuman dan body languange yang menggambarkan kegembiraan atau keriangan itu juga adalah salam. Kalau sekadar ucapan, sudah pasti orang-orang bisu tidak dapat mengamalkan suruhan tersebut sedangkan Al Quran itu universal.

    Juang

    August 21, 2011 at 9:37 am

  6. Sejahtera,

    Dalam apa jua bentuk ucapan salam itu, ianya tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah apabila terdapat di kalangan mereka yang menjadikan sesuatu ucapan yang khusus dan wajib diucapkan oleh orang-orang tertentu. Apatah lagi ucapan khusus tersebut dikatakan dari Tuhan. Contohnya ‘Assalamualaikum’ wajib diucapkan oleh orang-orang yang beragama Islam dan kepada orang yang beragama Islam.

    syurgaminda

    August 22, 2011 at 9:40 am

  7. ‘assalamualaikum’ telah mempengaruhi manusia dalam tahap penggunaannya. bagi saya selagi maknanya memberi pengertiaan yang baik itu tidak menjadi masalah untuk kita menggunakannya. tapi harus hati2, janganlah mengatakan ia nya dari sesuatu di luar Quran dan mengatakan Tuhan memberi sekian-sekian pahala dengan ucapan itu. Bagi saya pahala itu di sisi Tuhan, Dia sebaik perhintung. Cukuplah mengetahui assalamualaikum=kesejahteraan ke atas kamu, sungguh Tuhan amat mengetahui bahasa manusia ciptaanNya.(ape ek ayat nye , tak ingat plak).

    Kadang terfikir, bagaimana dengan manusia yang memberikan ucapan assalamualaikum tertapi tidak terdetik lansung dalam hatinya untuk megikut saranan sesuatu di luar Quran itu? Hanya memfokus kepada memberikan kedamaian/ketenteram/sapaan mesra, tidakkah mereka mengikut saranan Quran?

    25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, ‘Salam’(Damai/Sejahtera/Aman).

    Tidaklah mustahil mereka pun adalah hamba-hamba yang pemurah itu 🙂 siapa yang tahu? Tuhan yang Maha Mengetahui 🙂

    Saya tidak ingat ayat yang mane, pemaknaan sebegini: manusia yang tidak mengenal Quran, tapi melaksanakan saranan Quran secara tidak lansung. mereka akan mendapat balasan di sisi Tuhan kelak. mereka? bagi saya semua manusia, walaupun dia masih mempunyai ikutan/agama yang dipercayainya benar. Di sini kita dapat melihat Penyanyangnya Tuhan kepada manusia ciptaaNya.

    Ini hanyalah pendapat. Moga dibincangkan. Salam 🙂

    researcher1987

    August 22, 2011 at 12:32 pm

  8. Jadi bagi saya lebih baik bersangka baik / think positive kepada mereka yang mengucapkan “assalamualaikum” itu.

    researcher1987

    August 22, 2011 at 12:34 pm

  9. Sejahtera r1987,

    Apa yang menjadi masalah dengan ucapan hormat ‘Assalamualaikum’ itu adalah maknanya. Bukankah ‘Assalam’ itu adalah nama-nama Allah?

    syurgaminda

    August 22, 2011 at 3:46 pm

  10. oh tidak tahu pula saya, cuba syurgaminda huraikan assalam itu. kerna saya pernah beberapa kali mengajukan soalan kepada pengguna assalamualaikum ini, supaya menghuraikan assalamualaikum ini dari sudut tatabahasa Arab tapi tiada jawapannya. mmm..

    researcher1987

    August 22, 2011 at 7:29 pm

  11. Sejahtera r1987,

    Mungkin artikel ringkas di bawah ini dapat membantu.

    Memang benar, pada assalamualaikum ada huruf alif lam, tetapi pada salamun alaikum tiada.

    Seperti yang terdapat di dalam al-Qur’an, ejaan bagi memberi salam hormat, iaitu salamun alaikum dan salam adalah tanpa huruf alif lam. Sebenarnya, bagi semua kalimat salam yang terkandung di dalam ajaran Tuhan tidak mengandungi huruf alif lam kecuali satu sahaja (yang mengandungi alif lam) iaitu pada ayat 59:23. Pada ayat tersebut, kalimat al-salam atau disebut assalam diguna untuk Nama Tuhan. Itulah satu-satunya nama Tuhan, Assalam, yang tercatat di dalam al-Qur’an.

    Justeru itu, kami berpendapat bahawa kalimat Assalam dan Salam adalah tidak sama. Kami tidak setuju atau rela untuk menyamakan kedudukan antara nama-Nya yang mulia dengan cara memberi salam antara hamba-hamba-Nya.

    Tambahan pula, ajaran Tuhan sudah cukup terperinci dengan di mana diletak-Nya alif lam dan di mana tidak diletak huruf-huruf tersebut. Dalam perbezaan ejaan tentu ada perbezaan maksud.

    Sebaliknya, kalau terdapat orang menyatakan mereka sama, kerana mengikut kata sesetengah orang, maka terpulanglah baginya, sama ada dia mahu mengikuti ajaran Tuhan atau ajaran lain.

    Mengapa susah sangat untuk mengikuti ajaran Tuhan yang mudah, lagi diberkati?

    Sumber: http://e-bacaan.com/soalan_lazim04.htm#assalam & salam

    syurgaminda

    August 23, 2011 at 2:06 am

  12. Salam,

    Tabiat mengkhususkan sesuatu perbuatan atas nama Tuhan adalah kerja orang-orang musyik. Contohnya orang-orang Yahudi dan Nasrani mengkhususkan kehidupan ini kena jadi seperti mereka, kalau nak masuk syurga. Mereka mengkhususkan diri mereka sebagai anak-anak atau kekasih-kekasih Tuhan. Begitulah juga dengan ucapan salam ini, apabila dikhususkan kena satu cara sahaja, maka itu adalah tabiat orang-orang musyrik.

    Juang

    August 26, 2011 at 3:34 am

  13. maksud salamunalaikum (kesejahteraan ke atas kamu) juga pada pendapat saya boleh dihuraikan pemaknaan nya dengan lebih luas seperti yang saya telah tulis di atas.. jadi tidak menjadi masalah jika kita tidak mengkhususkan “salamun alaikum” seperti yang digunakan Quranist.. apa2 ucapan pun boleh tapi pemaknaannya haruslah mengikut Quran iaitu Kesejahteraan ke atas kamu/Salamun alaikum..

    researcher1987

    August 26, 2011 at 8:38 am

  14. Sejahtera,

    Saya setuju dengan saudara Juang dan r1987.

    Contohnya, kita tidak terikat melafazkan ucapan seperti ‘salam’ sesama kita. Tak semestinya menggunakan ucapan tersebut. Kita boleh menggantikannya menjadi ‘sejahtera’ sesuai dengan bahasa sendiri.

    syurgaminda

    September 14, 2011 at 2:04 pm


Leave a comment