syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Onani adalah hak individu

with 12 comments


Kebanyakan orang apabila mendengar perkataan “Onani”, terbayang di fikirannya tentang air mani yang dikeluarkan sama ada melalui tangan atau menggunakan objek-objek tertentu.

Kita sedia maklum, mengapa ada individu yang beronani? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencapai kepuasan seksualnya sendiri sama ada melibatkan orang lain atau pun untuk dirinya sendiri.

Tujuan orang yang beronani biasanya hanya ingin memuaskan keinginan seksnya sahaja. Setelah melakukan onani, hatinya yang bergelora sebelum itu akan kembali tenang.

Perbuatan onani lazimnya dilakukan tanpa memerlukan individu lain. Jika sebaliknya, ia bergantung kepada status individu itu sendiri sama ada yang sudah atau belum berkahwin. Suami isteri yang melakukan onani sesama sendiri tiada masalah. Namun jika pasangan tersebut tiada apa-apa ikatan, ia juga dipanggil sebagai berzina. Itu cerita lain.

Apa yang saya hendak fokuskan dalam artikel ini ialah tentang onani yang dibuat tanpa melibatkan pasangan. Dengan kata lain, “hanya buat sorang-sorang”. Tiada dalil dalam Al-Quran yang jelas mengenai hukum orang yang melakukan onani.

Namun, kebanyakan para pembesar agama mengharamkan onani atau dalam bahasa pasar adalah ‘melancap’. Maknanya, jika dilakukan akan mendatangkan dosa besar. Dalil utama mereka pada ayat Al-Quran di bawah;

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas.” (23:5-7)

Saya berpendapat frasa “memelihara kemaluannya” pada ayat tersebut bermakna tidak melakukan persetubuhan kepada selain isteri atau hamba sahaya. Ia bukanlah bermaksud memelihara kemaluan tanpa beronani.

Onani bersendirian adalah hak individu kerana tidak melibatkan kesan mudarat kepada orang lain. Para pembesar agama tidak perlu menjatuhkan hukum begitu dan begini kepada orang lain. Apa jua kesan sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang ia hanyalah kepada individu itu sendiri.

Ia seumpama mandi untuk menghilangkan kotoran di tubuh. Jika tidak mandi, seseorang itu tidak akan berasa selesa. Mandi adalah untuk kepuasan tubuh badan manakala onani adalah sebahagian daripada kepuasan seks.

Written by syurgaminda

June 29, 2011 at 4:25 pm

Posted in Agama

12 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam SM,

    Agak mengghairahkan juga entry tuan yang ini. Apa pun saya setuju dengan tuan. Pada pandangan saya kalau ditanya pembesar agama pasal hukum hakam, memang makanan merekalah. Tanya apa saja pada mereka pasal hukum buat itu dan ini, maka mereka akan beri hukum mereka. Kalau tak percaya tuan tanya mereka apakah hukum minum air suam pakai gelas. Mereka akan keluarkan satu hukum. Kemudian tuan tanya apa pula hukum minum air suam pakai gelas bertulis Charlsberg , mereka akan keluar satu hukum lagi. Tuan tanya mereka apa hukum tidur di ruang tamu. Mereka akan beri satu hukum. Tuan tanya mereka apa hukum tidur di ruang tamu dalam keadaan bogel. Mereka pun buat-buat cerdik dan beri satu hukum lagi.

    tolokminda

    July 1, 2011 at 3:42 pm

  2. Salam TM,

    Memang benar kata saudara. Saya dulu memang ‘setia’ dengan mereka. Apa saja hukum yang mereka keluarkan, saya sokong dan menurut. Minda saya terbelenggu dengan kata-kata mereka. Namun, sejak beberapa tahun lalu saya buka mata luas-luas. Dan kini barulah saya nampak pendustaan-pendustaan mereka.

    Saya tak sangka pula entry ini mengghairahkan saudara..:) Apa pun, ini cuma pandangan saya. Saya tak suruh orang bersetuju dengan pendapat ini. Terpulang kepada penilaian individu sendiri.

    syurgaminda

    July 4, 2011 at 9:42 am

  3. Pada saya, onani adalah punca kegagalan merealisasikan perkahwinan menurut Quran 🙂 Tuhan tahu apa yang tubuh badan kita hasilkan dan perlu dikeluarkan ia suatu ketetapanNya.

    Setiap beberapa hari, secara alamianya lelaki mengalami peningkatan produksi testosteron dan produksi semen, tidak bisa tidak. Produk ini akan ditampung dalam ampula dan akan dikeluarkan pada saat ejakulasi. Apabila tidak dikeluarkan secara periodik, maka semen akan secara otomatis keluar dalam peristiwa “mimpi basah”.

    Bagi lelaki yang sudah memiliki istri, tidak ada masalah. Akan tetapi bagi lelaki bujang, penuhnya ampula ini akan sangat mengganggu, kadang-kadang bikin kepala pusing karena tekanan yang tinggi pada organ-organ reproduksi. Pada saat seperti inilah masturbasi bisa dilakukan.

    Siapa tidak pernah merasakan hal ini?(hehe) sebagai lelaki normal. Mengalihkan perhatian dengan berolah raga dan aktivitas lainnya mungkin dapat membantu, akan tetapi tidak bisa membuang penuhnya ampula oleh semen. Satu-satunya cara ya harus mengeluarkannya. Yang menjadi masalah adalah caranya.?????

    Allah SWT. menciptakan testis, zakar, dan sperma. Sudah ditetapkan. Apa yang diharapkan Tuhan? Yang diharapkan adalah bagaimana mengurus mental untuk mengatasi masalah ini. Mencari wanita pelacur? Itu zina. Meminta pada kekasih?

    Pelik dan hairan, kenapa tidak boleh berkahwin untuk meredakan rasa/syawat ini? Sehingga menemplak sesetengah orang, “Kahwin bukan kerana syawat!”. Jangan kita menjadi pesangka buruk terhadap orang yang ingin berkahwin kerana ingin meredakan syawatnya. Bagi saya inilah ketetapan yang Tuhan telah di ciptakan.

    So, nak kahwin tak de duit dan pening fikirkan budaya2 perkahwinan yang terwujud? ahh onani je la.. (sains: mandul… aduh nak anak sebagai pewaris ni)

    Jadi susah sangat ke perkahwinan menurut Quran? Harap perbincangan diteruskan dengan perkahwinan menurut Quran. Saya tidak lagi mengkaji perkawinan menurut Quran. Mohon rakan2 lain membantu. Salam.

    researcher1987

    August 20, 2011 at 6:44 pm

  4. Salam R1987,

    37% pasangan suami isteri di Malaysia bercerai pada tahun 2010. Saya dapat dari TV. Saya mempunyai pendapat yang berbeza pasal masalah kahwin. I find a true love bukan main kenal-kenal ahli keluarga, atau kawan, atau saudara-mara atau rakan sekerja terus nikah dan kahwin. Tak best dan tak cool langsung.

    Dulu saya mempunyai seorang teman wanita. Tetapi disebabkan undang-undang saya tak boleh “berkahwin” dengan dia kerana berbeza agama. Dia pun bukanlah alim dengan kepercayaan agama dia. Sekadar tertulis dalam kad pengenalan. Sama juga seperti saya. Walaupun ibu ayah beragama “Islam” tetapi saya tak ikut semua kepercayaan ibu ayah saya.

    We love each other. Deeply in love. Naturally kasih sayang antara lelaki dan wanita. Sampai ke satu tahap, perasaan cinta kami ini terpaksa diluahkan di atas ranjang. Syahwat tak syahwat memang kami lakukan dalam keadaan penuh rasa kasih. Bukankah “love”(atau make love) juga bermaksud “bersetubuh” di dalam bahasa Inggeris?

    Pada pendapat saya, zina ialah hubungan seks demi memuaskan syahwat semata-mata tanpa perasaan kasih sayang. Berkahwin pula bukan bermaksud kita adakan upacara perkahwinan seperti adat istiadat orang Melayu/Indonesia hari ini. Berkahwin, pada pendapat saya ialah satu ikatan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang wanita.

    “Perkahwinan” yang kita lihat hari ini hanyalah satu perniagaan agama sahaja iaitu perlu pergi ke kursus perkahwinan (beratus ringgit yurannya), mas kahwin yang tinggi, hantaran pun dan berbelas ribu, belanja katering/makan/fotografi/set pakaian pengantin/dan macam-macam lagi yang memerlukan belanja yang besar. Seolah-olah menjadi satu kewajipan untuk berkahwin dengan melakukan semua perkara2 di atas.

    Tak bolehkah buat secara ringkas sahaja. Saya tiada masalah wang tapi buat apa nak buat upacara besar-besaran untuk menyatakan hubungan sesuatu pasangan kekasih.

    Saya masih belum mengkaji cara-cara berkahwin mengikut Al-Quran tapi apa yang pasti ialah budaya “perkahwinan” yang kita lihat hari ini tidak menepati petunjuk Al-Quran.

    -Mat Guyver-

    Mat Guyver

    August 21, 2011 at 11:05 pm

  5. Sejahtera,

    Berkenaan perkahwinan, kita boleh semak ayat di bawah sama-sama;

    4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.

    Untuk mengahwini wanita, Tuhan hanya suruh kita meminta izin daripada keluarga wanita tersebut dan beri upah. Bila masa perlunya pembesar-pembesar agama untuk menguruskan hal tersebut?

    syurgaminda

    August 22, 2011 at 9:52 am

  6. Salam SM,

    Ada tak ayat Al-Quran yang tidak membenarkan dua lelaki dan perempuan berlainan kepercayaan (agama) daripada berkahwin?

    Mat Guyver

    August 22, 2011 at 11:56 am

  7. 4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.

    itu saja tentang perkahwinan, bagi saya ia mudah walaupun diri sendiri sahaja yang mengusahakannya, dah kahwin ada yang nak bagi isteri makan pasir? hehe gurau je..UPAH? cuba di universalkannya? makan, pakaian, dan lain2 semuanya UPAH kan?

    researcher1987

    August 22, 2011 at 12:44 pm

  8. Sejahtera MG,

    Mungkin ayat ini boleh membantu.

    2:221. Janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan janganlah mengahwini orang-orang lelaki yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman, dan keampunan, dengan izin-Nya, dan Dia memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat.

    syurgaminda

    August 22, 2011 at 3:35 pm

  9. r1987 tulis: itu saja tentang perkahwinan, bagi saya ia mudah walaupun diri sendiri sahaja yang mengusahakannya, dah kahwin ada yang nak bagi isteri makan pasir? hehe gurau je..UPAH? cuba di universalkannya? makan, pakaian, dan lain2 semuanya UPAH kan?

    Sejahtera r1987,

    Saya setuju. Upah tidak semestinya dalam bentuk wang. Apa saja, yang penting pemberian upah itu ada manfaatnya.

    syurgaminda

    August 22, 2011 at 3:38 pm

  10. Salam SM,

    Perempuan Melayu pun banyak yang mempersekutukan Tuhan.

    Mat Guyver

    August 22, 2011 at 6:31 pm

  11. Sejahtera MG,

    Sesiapa saja yang menjadikan sesuatu objek sebagai perantaraan kepada Tuhan, mereka itulah yang menyekutukan Tuhan. Jadi kita tidak sepatutnya mengahwini individu tersebut sama ada ia berbangsa Melayu atau pun tidak.

    Namun, jika sebelum ini kita tidak mengetahui perkara tersebut saya berpendapat kita teruskan sahaja kehidupan bersamanya. Lihat bagaimana kisah Nuh dan isterinya serta isteri firaun sendiri.

    syurgaminda

    August 23, 2011 at 1:53 am

  12. salam semua,

    persoalan tentang perkahwinan antara muslim dengan bukan muslim menurut Al-Quran pula bagaimana? adakah dibolehkan sekiranya salah seorang tidak mahu menukar agama asalnya? terutama yang bukan muslim..

    salam

    ku

    September 22, 2011 at 4:36 pm


Leave a comment