syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

“Deen” bermaksud Pegangan

with 6 comments


Perdebatan saya dengan Jebon dalam entri ini telah membuka minda saya untuk mengkaji maksud “Deen’ yang lebih sesuai, menurut apa yang saya fahami.

Saya tidak memaksa sesiapa pun untuk menerimanya. Namun, ianya terbuka untuk dibahaskan. Mungkin hasil daripada perbahasan itu nanti akan membuahkan idea yang lebih baik.

Sebelum ini, saya bersetuju bahawa ‘deen’ diterjemahkan sebagai ‘cara hidup’ atau way of life. Setelah mengkaji ayat Al-Quran yang berkaitan, saya berpendapat maksud ‘deen’ ialah Pegangan.

Berikut beberapa ayat Al-Quran yang mengandungi perkataan ‘deen’.

3:19. Pegangan yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.

Transliterasi:

Inna alddeena AAinda Allahi alislamu wama ikhtalafa allatheena ootoo alkitaba illa min baAAdi ma jaahumu alAAilmu baghyan baynahum waman yakfur biayati Allahi fainna Allaha sareeAAu alhisabi

3:24. Itu ialah kerana mereka mengatakan, “Api tidak akan menyentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung.” Apa yang mereka mengada-adakan menipu mereka dalam pegangan mereka.

Transliterasi:

Thalika biannahum qaloo lan tamassana alnnaru illa ayyaman maAAdoodatin wagharrahum fee deenihim ma kanoo yaftaroona

3:83. Apa, adakah selain daripada pegangan Allah yang mereka menginginkan, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa yang di langit dan di bumi, dengan rela atau membenci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?

Transliterasi:

Afaghayra deeni Allahi yabghoona walahu aslama man fee alssamawati waalardi tawAAan wakarhan wailayhi yurjaAAoona

4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam pegangan kamu, dan jangan kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia melemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-rasul-Nya, dan janganlah mengatakan, “Tiga.” Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung – bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.

Transliterasi:

Ya ahla alkitabi la taghloo fee deenikum wala taqooloo AAala Allahi illa alhaqqa innama almaseehu AAeesa ibnu maryama rasoolu Allahi wakalimatuhu alqaha ila maryama waroohun minhu faaminoo biAllahi warusulihi wala taqooloo thalathatun intahoo khayran lakum innama Allahu ilahun wahidun subhanahu an yakoona lahu waladun lahu ma fee alssamawati wama fee alardi wakafa biAllahi wakeelan

Sekali lagi saya tegaskan bahawa perkataan ‘Deen’ yang saya fahami sebagai ‘Pegangan’ bukan mutlak. Ianya terbuka untuk dibahaskan.

Written by syurgaminda

July 10, 2011 at 1:15 pm

Posted in Al-Quran

6 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Ini pendapat saya tentang “ad-din”.

    Dah lama saya tinggalkan ajaran agama. Sebelum baca buku Aidid Safar, saya langsung tak percaya kepada Al-Quran. Tapi saya percaya pada hukum alam semulajadi sehingga ke hari ini. Contohnya:- Buat satu kebaikan akan dibalas 10 kebaikan, jika buat satu kejahatan akan dibalas 10 kejahatan.- hukum kharma.

    Manusia ialah sebahagian daripada alam semulajadi maka manusia juga tertakluk kepada hukum-hukum alam semulajadi. Sebab itu saya percaya ilmu astrologi kerana saya boleh nampak segala connections antara alam semesta dengan kehidupan makhluk termasuk manusia dan haiwan.

    Contohnya:- (Diubah suai dari buku Being Happy- Andrew Matthews)

    MENGAMBIL MASA

    Alam semulajadi sentiasa mengambil masanya. Pokok balak gergasi tidak membesar dalam masa satu malam. Ia akan kehilangan banyak daun, dahan dan ranting semasa dalam proses pertumbuhan. Berlian tidak terbentuk dalam masa seminggu. Segala nilai, kecantikan dan kehebatan di dalam alam semesta ini mengambil masa sebelum ianya terbentuk.

    Begitu juga dengan pertumbuhan dan kemajuan manusia. Ianya mengambil masa untuk membina keyakinan, mempunyai tubuh badan yang sihat dan keterampilan positif. Ianya mengambil masa untuk membina perniagaan sebelum mencapai kebebasan kewangan peribadi . Maksudnya jarang sekali berlaku kejayaan dalam masa sekelip mata. Pertumbuhan dan kemajuan manusia memerlukan masa dan usaha.

    KITARAN

    Bumi bergerak mengelilingi Matahari maka terjadilah kejadian empat musim; musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga. Ada musim yang sukar ditempuhi dan ada juga musim yang mudah ditempuhi. Musim silih berganti dan kita perlu menunggu kesenangan musim panas sambil menghadapi kesukaran musim sejuk.

    Begitu juga dalam kehidupan. Semua perkara akan bertambah baik. Ianya selalu begitu. Masalahnya ialah ramai manusia berputus asa dan menyerah kalah terlalu awal. Air pasang akan tetap surut.

    REHAT

    Alam semulajadi berehat dari semasa ke semasa. Tanah pertanian perlu berehat, beruang dan ular berhibernasi; juga ikan yang tidur dengan sebelah matanya terbuka. Kita boleh belajar menggunakan pendekatan ini. Ada masanya kita perlu berehat selepas berusaha dalam kehidupan: bekerja, berniaga, menyelidik dan sebagainya supaya menjadi lebih produktif pada masa akan datang

    ————————-

    Banyak lagi yang saya boleh tulis mengenai ciri-ciri alam semulajadi yang patut kita pelajari. Saya fikir “ad-din” ialah CARA HIDUP dengan maksud HIDUP itu bererti ALAM SEMULAJADI.

    Di dalam Al-Quran selalu disebut perkataan ‘Kami’ dan saya fikir ianya bermaksud peraturan-peraturan alam semulajadi.

    Terjemahan ‘ad-din’ sebagai PEGANGAN juga saya fikir sesuai tetapi perlu diluaskan konteksnya iaitu berpegang kepada apa? Bagaimana kita nak kenal pasti apa yang sepatutnya kita pegang?

    Sekadar pendapat. Saya seorang naturalist dan masih belajar memahaminya.

    Mat Guyver

    July 10, 2011 at 2:14 pm

  2. Salam SM & MG,

    Saya sependapat dengan tuan MG bahawa perkataan ad-deen bermaksud cara hidup atau way of life. Ia merujuk kepada bagaimana kita harus menguruskan kehidupan kita, bagaimana kita harus berkelakuan, apakah nilai-nilai yang perlu kita pegang, apakah yang harus kita percaya, apakah yang perlu kita kerjakan dan sebagainya supaya kita tidak menongkah arus dengan fitrah alam secara keseluruhannya. Supaya kita tidak membawa kepada kerosakan terhadap sistem yang sedia ada. Saya ada menulis mengenai sistem Tuhan yang sempurna dan kaitannya dengan perkataan “Kami”. Saya rasa ia selaras dengan apa yang difikirkan oleh tuan MG. Jemput baca di http://tolokminda.wordpress.com/2010/04/15/tuhan-sistemnya-yang-sempurna/

    Saya berpendapat perkataan pegangan lebih sesuai diterjemahkan untuk perkataan milat.

    tolokminda

    July 10, 2011 at 2:57 pm

  3. Salam MG,

    Banyak lagi yang saya boleh tulis mengenai ciri-ciri alam semulajadi yang patut kita pelajari. Saya fikir “ad-din” ialah CARA HIDUP dengan maksud HIDUP itu bererti ALAM SEMULAJADI.

    Di dalam Al-Quran selalu disebut perkataan ‘Kami’ dan saya fikir ianya bermaksud peraturan-peraturan alam semulajadi.

    Terjemahan ‘ad-din’ sebagai PEGANGAN juga saya fikir sesuai tetapi perlu diluaskan konteksnya iaitu berpegang kepada apa? Bagaimana kita nak kenal pasti apa yang sepatutnya kita pegang?

    Sekadar pendapat. Saya seorang naturalist dan masih belajar memahaminya.

    Pegangan kepada apa yang Tuhan tentukan pada semua makhluknya. Maksudnya, jika Tuhan kata jangan sekutukanNya, jadi kita berpegang kepada apa yang dikatakanNya itu. Jika kita tahu kita perlu menggunakan oksigen untuk bernafas, kita berpegang kepada prinsip tersebut. Buat baik, dapat manfaat. Buat jahat, dapat mudarat. Itu namanya pegangan dalam islam atau pegangan Allah.

    Untuk mengenalpasti apa pegangan kita, sudah tentu bagi mereka yang menjadikan benda-benda sebagai berhala, itu bukan pegangan Allah lagi. Itu adalah pegangan yang mereka reka-reka sendiri.

    syurgaminda

    July 11, 2011 at 12:54 pm

  4. Salam TM,

    Saya berpendapat perkataan pegangan lebih sesuai diterjemahkan untuk perkataan milat.

    Bagi perkataan milat, saya menterjemahkannya sebagai ‘sifat’. Saya berpendapat ia lebih sesuai berdasarkan beberapa contoh ayat-ayat Al-Quran di bawah;

    2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu mengikuti sifat mereka. Katakanlah, “Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.” Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

    3:95. Katakanlah, “Allah berkata benar, maka ikutlah sifat Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang menyekutukan.”

    Sifat Ibrahim – lurus dan tidak menyekutukan Tuhan.

    Boleh semak sendiri ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi perkataan ‘milat’.

    syurgaminda

    July 11, 2011 at 1:03 pm

  5. Ada pendapat ADDEEN adalah ikatan janjisetia dalam satu organisasi..
    menjunjung tinggi komitmen serta.. memurnikannya..

    albab

    July 11, 2011 at 3:58 pm

  6. Salam albab,

    Jika ada pendapat sedemikian, secara ringkasnya ia dikatakan sebagai pegangan apabila ada “ikatan janjisetia dalam satu organisasi..menjunjung tinggi komitmen serta.. memurnikannya..”.

    syurgaminda

    July 11, 2011 at 4:54 pm


Leave a comment