syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Riwayat hadis: Perosak Al-Quran

with 8 comments


Al-Quran yang diturunkan melalui pesuruh Tuhan bertujuan sebagai satu panduan kepada semua manusia agar menjadi insan yang benar-benar diinginiNya.

Di dalamnya terdapat berbagai-bagai kisah para nabi yang menjadi pelajaran kepada manusia, suruhan dan larangan yang tidak patut untuk dilakukan.

Sebagai ganjaran kepada manusia yang muslim, Tuhan menjanjikan tempat kediaman yang baik dan sebaliknya manusia yang engkar, ditempat di sebuah tempat kediaman yang buruk. Sehingga hari ini, tidak ada kitab yang lengkap seperti Al-Quran.

Selepas Al-Quran diturunkan, selama beberapa ribu tahun muncul pula kitab-kitab tulisan manusia yang dipanggil sebagai hadis atau percakapan dan perbuatan nabi terakhir. Hadis-hadis ini dikumpul melalui sanad atau rantaian orang-orang yang dipercayai sehinggalah kononnya yang berakhir pada orang sebelum nabi.

Fungsi yang ingin ditonjolkan dalam hadis atau riwayat hadis ini adalah sebagai penjelasan kepada Al-Quran. Ini adalah  apa yang didakwa oleh para pembesar agama. Jika begitu, secara automatik mereka sudah tidak percaya kepada ayat al-quran di bawah;

10:37. Al-Qur’an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.

Jadi, jelas apa yang dikatakan oleh para pembesar agama itu adalah dusta semata-mata. Mereka hanya mahu orang lain percaya dengan cerita-cerita daripada riwayat hadis. Apabila sudah terperdaya dan taksub kepada riwayat hadis, Al-Quran tidak dipedulikan lagi. Pendek kata, Al-Quran hanya dilagukan manakala riwayat hadis harus difahami. Sedangkan dalam Al-Quran mengatakan;

2:242. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya bagi kamu supaya kamu faham.

3:118. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak menghancurkan kamu; mereka menginginkan untuk menderitakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka menyembunyikan adalah lebih besar. Maka Kami memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham.

Apa yang lebih parah ialah terdapat golongan yang mengubah maksud perkataan dalam ayat-ayat Al-Quran meskipun mereka mengetahui maksud yang sebenarnya. Ini bertujuan supaya amalan-amalan yang tidak berfaedah yang terdapat dalam riwayat hadis tidak bertentangan atau selari dengan ayat Al-Quran. Contoh yang jelas adalah seperti perkataan solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Sebenarnya, Tuhan sudah memaklumkan perkara ini dalam Al-Quran;

2:75. Adakah kamu sangat menginginkan bahawa mereka akan mempercayai kamu, memandangkan ada segolongan daripada mereka yang mendengarkan perkataan (kalam) Allah, kemudian mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.

Selain itu, jika kita selak kitab-kitab riwayat hadis tidak terdapat suruhan agar manusia menggunakan akal. Para pembesar agama juga akan mengecop ‘sesat’ kepada mereka yang mahu menggunakan akal.

Namun lain pula dengan Al-Quran. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyarankannya. Malah orang yang tidak menggunakan akal dikatakan sebagai haiwan yang terlalu buruk pada pandangan Tuhan;

8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak menggunakan akal.

Persoalannya, mengapa masih banyak manusia yang mengaku ‘umat islam’ hari ini yang percaya dan taksub kepada riwayat hadis sedangkan ia umpama ulat yang merosakkan dedaun?

Written by syurgaminda

June 27, 2011 at 1:04 am

Posted in Al-Quran

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam

    Memang merosakkan kalau hadis bercanggah dengan al-Quran serta tidak rasional…

    [31:6] Dan diantara manusia ada yang menggunakan lahwal hadis, yang menyesatkan dari jalan Allah dengan tanpa pengetahuan, dan mereka mengambilnya menjadi ejek-ejekan;… dst…

    Jebon

    July 1, 2011 at 12:21 pm

  2. Salam,

    Pada pemerhatian saya terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu paling teruk dicemari pengaruh hadis.

    tolokminda

    July 1, 2011 at 3:45 pm

  3. Salam,

    Dulu, saya suka sangat dengar ustaz/imam menyampaikan riwayat-riwayat hadis. Terutama sekali cerita israk dan mikraj. Terbayang bagaimana nabi naik ke langit jumpa nabi-nabi yang lain dsb. Sehinggakan saya terbuai dengan cerita tersebut.

    Namun, saya mula nampak akan pendustaan itu apabila ia banyak bercanggah dengan ayat al-quran. Apabila terdapat percanggahan sedemikian, bukankah bermakna cuba merosakkan ayat-ayat al-quran?

    syurgaminda

    July 4, 2011 at 9:52 am

  4. Salam semua,

    Lebih kurang 10 tahun lepas, saya pergi ke rumah seorang bapa saudara. Beliau merupakan seorang guru agama. Apabila waktu makan, kami semua menjamah nasi dengan tangan kanan. Memang dah jadi budaya orang Melayu makan menggunakan tangan.

    Tetapi saya terkejut apabila bapa saudara saya ini dan anak beranak beliau mengambil lauk menggunakan sudu dengan tangan kanan sambil menjamah nasi. Di rumah sendiri, saya menggunakan tangan kiri.

    Bapa saudara saya ini cakap, tak elok ambil makanan dengan tangan kiri sebab amalan syaitan dan nabi tak pernah ajar ambil makanan dengan tangan kiri.

    Saya tak peduli ajaran nabi ke, ajaran agama ke, ajaran tok2 guru dari petala langit ke-7 sekali pun kerana nampak seperti kotor kita memegang sudu lauk-pauk dengan tangan kanan yang turut kita gunakan untuk menjamah nasi ke dalam mulut. Kalau 10 tangan yang pegang nampak lagi kotor.

    Memang di dalam Al-Quran tidak diceritakan cara makan yang betul, tapi saya fikir itu semua common sense sahaja; ambil lauk-pauk dengan tangan kiri kerana tangan itu yang bersih berbanding tangan kanan yang kita gunakan untuk menjamah nasi.

    Lagi satu saya suka perhatikan bilik air rumah orang-orang Melayu yang mengaku ‘Islam’. Saya dapati 100% bilik air di rumah mereka tidak dijaga dengan baik. Mereka telah diajar bahawa bilik air tempat syaitan bertandang dan tidak wajib dijaga dengan bersih.

    Tapi apabila mereka datang ke rumah saya, mereka terkejut kerana sukar membezakan antara bilik air dengan bilik tidur. Seorang rakan, Cina beragama Kristian Protestant membelanjakan berpuluh-puluh ribu ringgit untuk mengubah-suai 3 bilik air di rumahnya menjadi seperti bilik air di “Istana Negara”.

    Saya lihat hadis bukan sekadar memesongkan mesej Al-Quran tetapi menjadikan sesebuah masyarakat itu lemah untuk berfikir walaupun melibatkan perkara2 common sense. Masyarakat kita lebih mementingkan siapa yang bercakap berbanding dengan apa yang dia cakap.

    Mat Guyver

    July 4, 2011 at 11:37 am

  5. Salam MG,

    Benar, lebih-lebih lagi kepada orang yang ada gelaran agama. Kalau setakat orang biasa yang bercakap, mereka langsung tak dengar. Malah, dihambur pula dengan kata-kata sesat, murtad dsb meskipun apa yang disampaikan itu melibatkan perkara-perkara common sense.

    Mungkin akibat ajaran mengalunkan ayat Al-Quran daripada pembesar agama, mereka tidak dapat memahami mesej Tuhan dalam Al-Quran seperti ayat ini;

    39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

    Terbukti, orang yang mengaku ‘islam’ lemah pemikirannya. Bukan sahaja itu, mereka adalah golongan yang pemalas menggunakan akal.

    syurgaminda

    July 4, 2011 at 5:43 pm

  6. Kesejahteraan keatas kamu….

    Tolokminda menyebut:

    Salam,

    Pada pemerhatian saya terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu paling teruk dicemari pengaruh hadis.

    Saya pula ingin bertanya, bagaimana pula dengan terjemahan oleh Othman Ali? Samapi bila pula kita dapat membaca terjemahan oleh Aidid Safar?

    Allah diSanjung!

    Pro Bacaan

    August 1, 2011 at 10:50 am

  7. Salam,

    Saya ada sebuah Al-Quran terjemahan bahasa Melayu/Indonesia yang diberikan secara percuma oleh kerajaan Arab Saudi kepada para jemaah “Haji” yang datang dari rantau Nusantara. Al-Quran terjemahan ini saya dapat dari nenek saya yang pernah ke sana sebanyak 3 kali.

    Selepas saya membaca buku Aidid Safar, saya mula mengkaji terjemahan Al-Quran tersebut dengan teks bahasa Arab. Hasilnya sangat mengejutkan bagaimana Saudi mengawal terjemahan Al-Quran di seluruh dunia agar selari dengan ajaran agama nenek moyang mereka.

    Kepada mereka yang masih taksub dengan amalan bangsa Arab, amatlah sukar untuk mereka melepaskan diri.

    Mat Guyver

    August 4, 2011 at 3:53 pm

  8. Salam,

    Terjemahan Al Quran yang paling baik adalah terjemahan yang tidak menyebabkan ayat-ayatnya bercanggahan antara satu sama lain kerana terjemahan yang bercanggahan itu pasti bukan terjemahan yang menepati kehendak Tuhan. Tak logiklah Tuhan nak menyampaikan ayat-ayat yang saling bercanggahan macam orang yang membuat dusta pula.

    Juang

    August 9, 2011 at 11:12 pm


Leave a comment