syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Bayangkan jika tiada Agama Islam

with 14 comments


Tuhan menurunkan Al-Quran kepada manusia agar menjadikan ianya sebagai panduan dan petunjuk untuk menjalani kehidupan yang terbaik di alam ini. Bukannya menyuruh manusia untuk mencipta agama seperti Agama Islam.

Para nabi dan rasul terdahulu tidak pernah menganut agama islam. Mereka tidak sembahyang, puasa, berzakat, menunaikan haji, mengucap dua kalimah syahadah atau menjalani ritual-ritual yang lain seperti yang terdapat dalam ritual agama islam.

Misi yang mereka bawa adalah sama, iaitu mengajak semua manusia agar mengabdikan diri kepada Sang Pencipta. Mereka tidak sesekali membina sesuatu objek yang kononnya sebagai arah mengadap atau kiblat termasuklah nabi terakhir yang menyampaikan Al-Quran. Itu semua adalah dakwaan yang diada-adakan oleh para pembesar agama yang mengatas namakan Islam sebagai sebuah agama.

Seperti yang didakwa oleh para pembesar agama, Agama Islam yang mereka cipta ini mengandungi pelbagai peraturan yang jelas menekan dan membelenggu pemikiran manusia.

Kebanyakan suruhan seperti sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadan, beritual di hadapan kiub batu dan sebagainya tidak pernah membawa faedah kepada para pengikut mereka. Malah memberi kesan buruk iaitu bercakaran sesama sendiri, lemah dan ketinggalan dalam bidang-bidang ilmu yang bermanfaat.

Itulah akibat jika mengada-adakan dusta terhadap Tuhan. Mereka kata ia adalah suruhan dan hukum Tuhan. Namun setelah disemak dalam Al-Quran yang juga berfungsi sebagai pembeza, kita tidak menjumpainya.

Cuba bayangkan jika Islam didirikan atas ciri-ciri sebagai sebuah kehidupan yang terbaik dan bukannya sebagai sebuah agama? Jawapannya cukup mudah. Kehidupan manusia akan selamat dan sejahtera. Ini sebenarnya jaminan Tuhan.

6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai.

Berdasarkan ayat di atas, ada DUA situasi di sini;

1. Orang yang mengikuti cara hidup Islam – dadanya berasa lapang (pemikiran yang luas)
2. Orang yang menganut Agama Islam – dadanya berasa sempit (pemikiran yang sempit dan terbelenggu).

Buktinya, ada di depan mata kita sendiri.

Written by syurgaminda

July 5, 2011 at 11:30 am

Posted in Islam

14 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam

    Mungkin ramai yang kena siasat makna Islam dulu nih…

    Barulah faham apa itu Islam… 🙂

    Jebon

    July 5, 2011 at 11:48 am

  2. Salam,

    Menurut apa yang saya faham, Islam adalah cara hidup bukannya agama.

    Bagaimana pula pemahaman Jebon?

    syurgaminda

    July 5, 2011 at 11:58 am

  3. Islam ialah keimanan… 🙂

    Jebon

    July 5, 2011 at 12:06 pm

  4. Makna Islam – tunduk patuh atau percaya (beriman) kepada Tuhan. Islam adalah satu cara hidup. Selain cara hidup islam, ada banyak cara hidup yang lain lagi. Seperti cara hidup yahudi, kristian, pagan dsb.

    syurgaminda

    July 5, 2011 at 12:17 pm

  5. Itu pendapat anda saja tidak muktamad… namun terpulang pada anda, sy hormati pendapat itu… 🙂

    Jebon

    July 5, 2011 at 1:32 pm

  6. Saya tidak pernah terfikir pun pendapat saya itu adalah muktamad. Ianya masih terbuka untuk dibincangkan. Kalau saudara ada pendapat yang disokong dengan bukti yang kukuh, boleh kemukakan di sini.

    syurgaminda

    July 7, 2011 at 9:38 am

  7. Buktinya ada pada ayat Q6:125 yang anda bawakan tuh sendiri, “Lapang dada” menunjukkan sesuatu yg bersifat spiritual/dalaman hati, itulah keimanan/faith… faith berbeza dengan way of life… 🙂

    Jebon

    July 8, 2011 at 11:44 am

  8. Saudara memberikan makna bahawa Islam itu ialah keimanan. Saya mentafsirkannya sebagai “satu cara hidup” yang dianjurkan Tuhan dan saya mendefinisikan Islam sebagai “tunduk patuh atau percaya (beriman) kepada Tuhan”. Jadi, saya beranggapan tidak ada bezanya di situ.

    Secara ringkasnya, apa yang saya faham daripada saudara ialah;

    -Islam bermaksud keimanan.

    Saya sendiri;

    -Islam bermaksud tunduk patuh atau percaya (beriman) kepada Tuhan.
    -Islam termasuk dalam kelompok ‘satu cara hidup’.

    syurgaminda

    July 8, 2011 at 3:15 pm

  9. Biasanya aidid safar & the geng memahami

    Deen = cara hidup/way of life

    Islam = Peace/Sejahtera

    Sy bukan geng aidid safar, e-bacaan, mahupun hadis-hadus, sy fahamkan begini

    Deen = keimanan/faith

    Islam = Berserah diri/surrender

    Apabila sdr katakan Islam ialah cara hidup, maka sy fahami anda maksudkan “deen” ialah cara hidup, begitu juga saya apabila sy kata Islam ialah keimanan, sy maksudkan “deen” ialah keimanan…

    Anda tulis;
    Islam bermaksud tunduk patuh atau percaya (beriman) kepada Tuhan.

    Mana datangnya hendak tunduk patuh atau percaya kepada Tuhan kalau tidak datang dari keimanan/faith??

    Jebon

    July 8, 2011 at 4:02 pm

  10. Salam Jebon,

    Apabila sdr katakan Islam ialah cara hidup, maka sy fahami anda maksudkan “deen” ialah cara hidup, begitu juga saya apabila sy kata Islam ialah keimanan, sy maksudkan “deen” ialah keimanan…

    Saya tak kata Islam bermaksud cara hidup tapi ia adalah satu cara hidup atau deen. Definisi Islam adalah tunduk patuh/ berserah diri kepada Pencipta.

    Jika saudara kata Islam=keimanan dan deen=keimanan, sudah tentu kita jadi keliru dengan terjemahan ayat 3:85.

    3:85. Sesiapa mencari keimanan (deen) selain daripada keimanan (Islam), ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi.

    Waman yabtaghi ghayra alislami deenan falan yuqbala minhu wahuwa fee alakhirati mina alkhasireena

    Mana datangnya hendak tunduk patuh atau percaya kepada Tuhan kalau tidak datang dari keimanan/faith??

    Islam adalah satu cara hidup yang sempurna. Apabila kita menyempurnakan kehidupan sebagai seorang insan yang benar-benar diinginiNya (berbuat-baik, taat kepada ibu bapa, tidak menyekutukanNya dsb) secara automatik kita sudah beriman (percaya) kepada Tuhan. Sebab, itulah yang Tuhan mahukan daripada kita.

    syurgaminda

    July 9, 2011 at 9:06 pm

  11. Salam SM

    Anda tulis;
    Saya tak kata Islam bermaksud cara hidup,

    komen;
    Sy juga tak maksudkan kata Islam adalah keimanan, sy dah jelaskan diatas makna Deen dan Islam, anda kena baca betol2…

    Anda tulis;
    Jika saudara kata Islam=keimanan dan deen=keimanan, sudah tentu kita jadi keliru dengan terjemahan ayat 3:85.

    3:85. Sesiapa mencari keimanan (deen) selain daripada keimanan (Islam), ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirat dia adalah antara orang-orang yang rugi.

    komen;
    Memang kelirulah kalau anda terjemahkan begitu, sepatut berdasarkan keterangan sy diatas (July 8, 2011 at 4:02 pm) anda terjemahkan begini

    [3:85] Dan sesiapa yang mencari keimanan selain dari berserah diri (Islam), maka tidak akan diterima darinya, dan dia dihari akhirat termasuk orang yang rugi.

    Jebon

    July 10, 2011 at 11:52 am

  12. Salam Jebon,

    Kita mempunyai pemahaman yang lebih kurang sama tentang definisi Islam itu. Cuma hanya perkataan ‘deen’ sahaja.

    Saya keliru dengan kenyataan saudara dalam post pertama;

    Salam

    Mungkin ramai yang kena siasat makna Islam dulu nih…

    Barulah faham apa itu Islam…

    Sepatutnya saudara tulis macam ini;

    “Mungkin ramai yang kena siasat makna deen dulu nih…”

    syurgaminda

    July 10, 2011 at 12:28 pm

  13. Salam SM

    Sy pun keliru dlm kenyataan anda dlm post selepas itu

    Anda tulis;
    Islam adalah cara hidup bukannya agama.

    Mungkin anda patut tulis deen adalah cara hidup bukan agama

    Jebon

    July 10, 2011 at 12:49 pm

  14. Salam Jebon,

    Ya, kita sama-sama keliru.

    Apa pun, hasil daripada perbincangan di atas membuka minda saya untuk mendefiniskan perkataan ‘deen’ yang saya rasakan lebih sesuai.

    Terima kasih.

    syurgaminda

    July 10, 2011 at 1:14 pm


Leave a comment