syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Roket versus buraq

with 11 comments


Kita bersyukur, sejak terciptanya roket manusia mendapat pelbagai manfaat daripadanya. Satelit yang dihantar oleh roket berupaya untuk mendapatkan imej dan keadaan bentuk muka bumi sebenar-benarnya. Ini termasuklah imej alam cakerawala seperti matahari, planet-planet, bintang-bintang, bulan dan segala yang ada di angkasa lepas.

Manusia yang bergelar angkasawan dapat menembusi langit untuk mengkaji dan terus mengkaji ruang angkasa yang tidak pernah dijelajahi sebelum itu. Seterusnya hasil kajian mereka digunakan dalam bidang-bidang tertentu demi kepentingan manusia seluruhnya bukan untuk dibuat barang permainan!

Menurut sumber yang dipetik daripada Wikipedia;

Roket merupakan pesawat, peluru berpandu, atau kapal terbang yang menghasilkan tujahan melalui tindak balas kepada ekzos dari enjin roket. Ekzos ini terhasil dari satu atau lebih bahan api yang dibawa dalam roket sebelum dilancarkan. Tujahan ini digambarkan mengikut Hukum Pergerakan Newton ke-3. Sering kali takrifan roket digunakan untuk merujuk kepada enjin roket.

Kepercayaan orang-orang terdahulu bahawa bumi ini berbentuk datar adalah sekadar omong kosong semata-mata. Mereka hanya bermain prasangka tanpa mengemukakan sebarang bukti. Orang yang tidak mahu menggunakan minda dan hanya tahu menurut membuta-tuli, akan percaya cerita dongeng tersebut.

Akhirnya teori itu tidak dapat disahkan kebenarannya apabila imej bumi yang dipaparkan melalui satelit di angkasa menjelaskan segala-galanya.

Sekiranya manusia hanya sibuk untuk melakukan amalan ritual seharian dan langsung tidak terfikir untuk mencipta kuasa yang boleh menembusi langit, sampai kiamatlah mereka ditipu hidup-hidup dengan mitos tersebut.

Sedangkan dalam Al-Quran Tuhan memberi petunjuk bahawa golongan manusia dan jin boleh tembusi langit dengan satu kuasa.

55:33. Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa.

Mengapa Tuhan tidak beritahu apakah kuasa tersebut? Jawapannya ada dalam Al-Quran sendiri.

3:190. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan dalam pergantian malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang yang mempunyai minda,

38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang yang mempunyai minda merenungkan ayat-ayatnya.

Orang-orang yang mempunyai minda tentu akan membuat penyelidikan bagaimana mereka dapat mencipta kuasa tersebut. Namun bagi orang-orang yang tidak mempunyai minda, mereka sekadar percaya cakap-cakap pembesar agama mereka bahawa kuasa itu adalah binatang buraq yang menjadi kenderaan nabi untuk naik ke langit.

Written by syurgaminda

June 24, 2011 at 2:49 am

11 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Di Kuil Hindu Batu Caves, Gombak terdapat sebuah patung keldai bersayap. Saya fikir idea ini telah diceduk oleh pembesar-pembesar agama Arab untuk mereka-reka cerita mengenai Muhammad terbang naik ke langit dengan seekor keldai terbang -Buraq.

    Patung Dewa Murugan di sana yang diperbuat dari emas (bahagian atas sahaja) sama seperti berhala Arab yang berbentuk 4 segi di Mekah – juga diperbuat dari emas. Jika diperhatikan betul-betul, kita dapat melihat bentuk rupa muka Dewa-dewa kotak yang disembah bangsa Arab suatu masa dahulu. Boleh cari di google images -dewa kotak timur tengah.

    Mat Guyver

    June 26, 2011 at 7:43 pm

  2. MG,

    Apa yang kita hairankan,tidak ada petunjuk tentang kenderaan buraq yang terdapat dalam al-quran. cuma cerita israk mikraj itu mereka manipulasikan sebagai perjalanan nabi naik ke langit bertemu Tuhan.

    Mereka kata orang hindu sembah patung batu. namun, mereka tidak mengaku pula sembah kiub batu. jelas ada persamaan yang kita nampak. tapi, mereka membutakan mata dan hati mereka sendiri.

    Saya hanya sekali ‘umrah’ di kuil hindu batu caves. nampak patung-patung yang pelbagai jenis termasuk keldai bersayap tersebut. mulanya saya tak terfikir tentang itu. namun apabila saudara berfikiran sedemikian, memang ada kaitannya. di mana lagi idea tentang buraq kalau bukan datang daripada ajaran bangsa arab pagan suatu masa dulu.

    Patutlah Tuhan kata kebanyakan orang arab adalah golongan yang tidak percaya dan munafik.

    syurgaminda

    June 26, 2011 at 11:10 pm

  3. Patung keldai terbang yang saya maksudkan itu terletak di dalam gua. Kena naik tangga untuk masuk ke dalam sana. Patung keldai terbang ni agak lucah sedikit kerana mempunyai payudara seperti manusia perempuan. Buraq pula digambarkan sebagai makhluk keldai yang berkepala wanita cantik.

    Nampak tak persamaan antara agama Hindu dan Arab iaitu mendewa-dewakan seksualiti wanita.

    Mat Guyver

    June 26, 2011 at 11:53 pm

  4. Salam,

    Memang mengarut betul kepercayaan mereka.

    tolokminda

    June 27, 2011 at 2:44 am

  5. Setakat ini, kita belum dengar ada binatang yang boleh terbang sampai ke langit. Jadi, adakah binatang yang bernama buraq ini hanya rekaan semata-mata atau telah pun pupus?

    syurgaminda

    June 27, 2011 at 10:22 am

  6. Salam

    Nasib baiklah celita isra’ miraj tuh tak disadurkan dengan celita Space Cop Of Gaban, kalo tidak tentu diorang buleh kata Nabi sebelum naik kelangit menggunakan naga gaban, ataupun cerita ultraman, sebelum naik kelangit kena naik ultraman dulu… 🙂

    Jebon

    June 27, 2011 at 11:34 am

  7. Salam Jebon,

    Mungkin Naga Gaban tak boleh bertahan sampai langit ke-7. Ultraman juga ada kelemahan pada butang di dadanya itu. Jadi, mereka reka buraq yang jauh lebih berkuasa.

    syurgaminda

    June 28, 2011 at 9:54 am

  8. Salam,

    + Perbincangan di sini sangat ilimah
    + Lebih2 lagi bila Jebon sebut tentang Gaban.
    + Kemudian SM pun tambah lagi hujah Gaban.
    + Memang sangat ilimiah ! 😉

    Sofia

    June 28, 2011 at 5:31 pm

  9. Salam Sofia,

    Sedikit sebanyak artikel yang saya terbitkan di atas mengandungi bahan ilmiah untuk kita kongsi bersama.

    Saya berpendapat, perbincangan yang diselitkan dengan sedikit jenaka sebenarnya baik agar sesuatu perkara yang dibincangkan itu tidak menjadi bosan. Seperti ceramah agama di surau atau ‘masjid’. Kalau si penceramah itu membentangkan isi ceramah tanpa jenaka, saya rasa para jemaah dah tidur atau beredar.

    Sekiranya saudari ada hujah yang ingin dibentangkan di sini, saya amat berbesar hati mendengarnya.

    syurgaminda

    June 29, 2011 at 9:38 am

  10. Ilmiah dalam bentuk sarkastik 🙂

    Mat Guyver

    June 29, 2011 at 10:54 am

  11. Sarkastik – sarkastilah – yang penting ilmiah – dan sarkastik tu menguatkan lagi maksud yang hendak disampaikan. Teruskan…..

    Supaya perasan tension dapat dinormalkan. hehehe

    Tahniah dan terima kasih.

    Jagundul

    June 29, 2011 at 5:07 pm


Leave a comment