syurgaminda ku di sini…

Islam adalah pegangan ku

Setiap manusia perlu kemahiran & kepakaran

with one comment


Manusia yang hidup di muka bumi ini seharusnya memiliki sekurang-kurangnya satu atau dua kemahiran untuk menjadi seorang yang dikatakan pakar.

Mengapa perlunya ada kemahiran setiap individu?

Bayangkan dunia ini dipenuhi dengan pelbagai golongan yang pakar dalam bidang masing-masing. Sudah pasti kehidupan semua insan akan menjadi hebat. Setiap kemahiran dan kepakaran mereka disumbangkan demi manfaat sejagat.

Kita ada pakar dalam bidang perubatan, saintis, kejuruteraan, angkasa lepas, pembinaan, motivasi dan sebagainya. Namun, jika kita terlalu mengharapkan mereka tanpa perlu berusaha untuk menjadi seperti mereka, kita akan ketinggalan dari segenap aspek kehidupan.

Saya bukan mengajak anda untuk menjadi pakar bedah, saintis, jurutera dalam masa yang sama. Memang mustahil untuk dilakukan kerana keterbatasan masa dan sebagainya. Tapi, cukuplah satu atau dua sahaja!

Sama ada kemahiran dan kepakaran yang ada tersebut wujud secara semulajadi atau dipengaruhi oleh persekitaran bukannya mendatangkan masalah. Yang menjadi masalah, ianya kurang atau tidak digilap sepenuhnya. Akhirnya, hilang begitu sahaja.

Oleh itu, setiap individu seharusnya menggali lebih banyak ilmu bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada atau kemahiran yang akan datang.

Namun begitu, perlu kita ingatkan setiap kemahiran dan kepakaran yang ada pada diri sendiri haruslah digunakan pada jalan yang betul, bukannya bagi tujuan yang tidak baik dan mendatangkan beban kepada orang lain.

Inisiatif untuk memajukan diri sendiri, keluarga, dan masyarakat adalah kunci kepada kejayaan sesebuah negara apatah lagi jika majoriti penduduk adalah orang-orang yang berkemahiran tinggi.

Jika ini dapat direalisasikan, dunia ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua insan yang memiliki kepakaran masing-masing tanpa perlu dikongkong oleh pembesar-pembesar agama yang melarang pengikutnya menggunakan akal.

Written by syurgaminda

June 16, 2011 at 5:08 am

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. Salam,

    Untuk memiliki kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang, seseorang itu perlukan minat dan ketekunan. Kemahiran atau kepakaran bukannya datang dalam masa cepat. Ia perlukan sifat tidak berputus asa untuk berlatih berulang-ulang kali sehingga kita tahu selok-belok dalam bidang yang diceburi itu.

    Keinginan cepat kaya, bermewah-mewah, kemegahan nama selalu membantutkan proses seseorang untuk mencapai tahap pakar atau mahir dalam sesuatu bidang. Akibatnya kuantiti lebih diutamakan daripada kualiti.

    Juang

    July 30, 2011 at 8:52 pm


Leave a comment